Friday, June 19, 2009

Naik Salah, Turun pun Salah?

Bismillah.

Salam,



Pada zaman dulu di negara Arab, ramai orang menunggang kaldai sebagai kenderaan. Seorang bapa membawa anaknya ke satu tempat dengan membawa seekor kaldai. Kedua-dua mereka menaiki kaldai itu dan lalu di sebuah pekan. Keadaan ini menarik perhatian orangramai. Ada di antara mereka berkata "Ini kes aniaya. Kaldai tu dah le kecil. Dua-dua orang pulak naik. Kan tu menyeksa binatang.. Tak ada peri kemanusiaan langsung".


Si-bapa mendengar komen mereka. Lalu si bapa turun dan membiarkan anaknya sendirian di atas kaldai. Si-bapa meneruskan perjalanan sambil berjalan kaki. Mereka pun melalui sekumpulan orangramai. Sekali lagi ada yang komen, "Kurang ajar punya anak. Dia sedap-sedap naik kaldai. Bapanya dibiarkan berjalan kaki."



Si-anak mendengar komen mereka, lalu dia turun dan menyuruh bapanya pula menunggang kaldai. Si-anak berjalan kaki mengiringi bapanya di atas kaldai. Mereka pun melalui sekumpulan orang. Sekali lagi mereka mendengar rungutan "Bapa tak ada otak, dia sedap naik kaldai, anaknya dibiarkan berpeluh berjalan."


Mendengar komen itu, si-bapa pun turun dan berjalan bersama-sama anak. Kaldai itu dibiarkan berjalan sendirian. Mereka pun melalui sekumpulan orang. Masih ada yang komen "Apalah bodohnya orang tua ni. Ada kaldai tapi tak mau naik. Kalau macam ni, lebih baik tak payah bawa kaldai!"


Mendengar kata-kata ini, si-bapa pun memberitahu anaknya. "Beginilah keadaan masyarakat. Mereka hanya pandai komen. Pandai melihat kesalahan orang. Ada saja yang tak betul. Kalau kita ikut saja kata-kata mereka rosak kita. Kita tidak boleh terima pandangan mereka secara melulu. Kita kena fikirkan kesemuanya dan kita buat apa yang baik pada kita. Jangan pedulikan komen mereka.."



MORAL & IKTIBAR
  • Kebanyakan orang memang suka mencari kesalahan orang daripada mencari kesalahan diri sendiri.muhasabah lah diri kita..!

  • Pendapat dan komen mereka tidak boleh diikut melulu kecuali memang ada asas dan kebenaran.

  • Pertimbangan mesti berdasarkan keadaan dan senario yang kita hadapi.

  • Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

  • bersabarlah dgn kata-kata mereka yg suka mengata diri anda, dan katakan pada diri anda : Sy adalah sy,dan sy akn berusaha utk menjadi yg terbaik !bersyukurlah ats segalanya dgn nikmat yg diberi oleh Allah..be ur self, say it :>>Thank you Allah ..:)

Thursday, June 4, 2009

Sihat mengikut Sunnah Rasulullah SAW..

Rasulullah bersabda : "Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah ....."(HR Muslim)

Bagaimana agar senantiasa sehat seperti Rasulullah? Ikuti resepi berikut :

  • SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum shubuh, melaksanakan solat sunah dan solat Fardhu, solat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara shubuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan

  • AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu senantiasa rapi & bersih, tiap hari kamis atau Jumát beliau mencuci rambut2 halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi. "Mandi pada hari JUmát adalah wajib bagi setiap orang2 dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)

  • TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul : "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dg adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesehatan

  • GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori2 terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung

  • TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaithon
- Segeralah berwudhu
- Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati

  • OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT

  • TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabilitas hati & kesehatan jiwa, mentalitas maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.

Al-a'qlussalim fi jismissalim..
Akal yang cergas pd tubuh badan yg sihat..

LAwak lagi~~

Bismillah,salam..
lawak ni bukan semata-mata lawak ja..tpi stu yg bermanfaat utk kita..

insyaAllah..
dn anda di nasihatkn jgn jua jadi si pelawak kerana anda telah melawakkan diri anda utk dilawakkan,paham2 la naa..mst ramai dok nk bc ble title 'lawak2'ni kan.~~jemput baca bsma-sama~~ =)

" Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "

" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja..tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung....ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa.."

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak e-mail yang berunsur lawak jenaka ke semua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???

Kenapa ?? tu kan realiti..tapi yg paling lawak sekali...berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain...
sampaikan walau 1 ayat~~

Selamat Beramal Kerana ALLAH,Barakallahu fikum~~!!
insyaAllah..
wslm..

Teka teki Teka Teko~



salam.

post nie bgus utk mereka yg nk release tension..gelak sopan2 tau..nie kakak sy la dok men teka teki nie dgn sy smlm~


dipetik dri..


www.soleh.net


Teka-teki: Hitam dan berpeluh.. HA.. Ape2??
Jawapan: semut hitam tengah berjogging.. huhuhu



Teka-teki: Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung?
Jawapan: Seluar dalam ler.. haha…



Teka-teki: Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
Jawapan: Kuih lepat liat la… sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!



Teka-teki: Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat?
Jawapan: Kotak penalti lah.. wawawa!


Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???
Teka.. teka.. kalo terer!
Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar… hue hue hue!!





Teka-teki: Bulu bertemu bulu… kulit bertemu kulit… makin tambah rapat makin nikmat rasanyer!
Jawablah kalau bijak sangat!
Jawapan: Haah.. mulalah otak kuning, MATA lah jawapan nyer..!




Teka-teki: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam.




Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
Jawapan: lilin masa sambut ‘EPI BESDAY’




Teka-teki: Scorpion kaler apa?
Jawapan: Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!





Teka-teki: Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???
Jawapan: Kerani




Teka-teki: Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???
Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!




Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung??
Jawapan: Sebab tak hujan… aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi… soalan bebudak pun takleh nak jawab!!

Hampeh.

Monday, June 1, 2009

Ikhtilat...Ikhwah...Akhawat

Sumber daripada :www.iLuvislam.com
oleh: Cik Hijau

Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.

Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.


Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah.

Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam.

Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.

Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)


Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."

Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya.

Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."

Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. Ana bukanlah nak menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian. Jom kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan muhrim:

1. Elakkan berhubungan dengan lelaki.
Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.


2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah.

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran:
"Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?

3. Tundukkan hati.
Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.


4. Tundukan pandangan.
Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5. Mempercepatkan urusan.
Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.


Teringat satu mail yang ana dapat mengenai luahan rijal. Jom kita kongsi bersama. Insya Allah ada manfaatnya.


"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...Ya Rabb...tolong ampuni aku...untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab... Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik, karena kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..."

Semoga ia menjadi peringatan bagi kita. Semoga kita dapat mewujudkan biah solehah dalam keredhaanNya. Peringatan untuk diri yang lemah dan banyak kesilapan serta kekurangan dan sahabat-sahabat Islam yang dikasihi.

"Elakkanlah berhubung tanpa urusan yang benar2 penting dengan wanita2 (berlawanan jantina) kerana di situlah letaknya jalan SYAITAN".

admin:
as-salam,sungguh bermakna mesej2 di atas ,banyak memberi panduan kpd sy dan juga sahabat dlm menjaga "the ties of ukhwah Fillah"
mungkin kadang2 kita terlepas pandang benda yg remeh temeh begini dlm kehidupan kita..mmg tak dinafikan fitrah kita sbg manusia x boleh nk mengelakkan dri perasaan suka suki antara adam&hawa..terdetik kt hati "saya sendiri masih lemah dlm menjaga hati,baru je Allah SWT nk uji sekejap je alpaa.."ya Allah ya Rahman, dekatkanlah hatiku dgn hatiMu ssunguhnya
jagalah hati ku ini agar cinta insani tidak berlebih-lebihan dripd cintaMU..ameenn..
namun ,hakikat sebenar jika kita trus meneruskan hubungan yg tak sah.adakah Allah akn redha?

sama2 kita muhasabah diri..cegah sebelum parah~!!
wabillahitaufiq walhidayah,wassalamualaikum w.b.th..
sekian, min ana yg dhaif..sgala yg baik dtg dri Allah SWT, segala yg bruk dtg dri diri sy sndri..
Al-faqir ilallah~

Friday, May 22, 2009

The Obligatory Conditions For An Islamic Hijab

salam,
(post ini dwibahasa bm + bi)
as the cute muslimah picture above this says:
'' adik baru 5 tahun, dah cover aurah, kakak2 bila lg??""
Dalam erti kata lain, adik 5 thn pon pandai ttup aurat, xkan kakak yg 15,25 thn dan bertahun2 x nk ttup aurat kot...
andai anda muslimah.. ,,,,,,kata 'muslimah' kan? jadi tunjuklah diri anda sbg seorg muslimah &mukminah yg sejati, tidak susah menjadi baik , dan susah bg org yg tidak ingin menjdikan hidupnya lbih baik
tepuk dada tny imann kita~~
muhasabah diri bersama-sama..
Lets cover aurah ~~
Muslimah are we..





1. Covering ALL Of The Body

It is an agreed position by many respected scholars that the face and hands of the woman must be covered. Some scholars say it is permissible to uncover the face and the hands of the woman as long as there is no fitna (infatuation) caused by this action. Two things must be taken into consideration

a) if she is beautiful and beautifies her face and hands with external substances, or

b) the society around her is corrupt where men do not lower their gaze, then it is prohibited for her to uncover her face and hands.

On the authority of the wife of the Prophet (sallallaahu 'alayhi wa sallam), Umm Salama (radiyallaahu anhaa) said:

"When the verse was revealed that they should cast their outer garments over their bodies' was revealed, the women of Ansar came out as if they had crows over their heads by wearing outer garments "



2. The hijab must not be a display

The hijab itself must not be a display. Allaah ordained it so as to cover the beauty of women and not for showing off. Allaah (Subhaanahu wa Ta'aala) says:

And not show of their adornment except only that which is apparent. [Soorah 24: Verse 31).

And

And stay in your houses and do not display yourselves like that of the times of ignorance. [Soorah 33: Verse 33]

It is in no way logical that the hijab itself be a source of display.

3. The hijab must not be transparent

The purpose of wearing hijab must be achieved. In order for the hijab to be a cover, it must not be made of transparent material making the woman covered only by name, while in reality she is naked. The Prophet (sallallaahu alayhi wa sallam) is quoted as saying:

"In the latest part of my Ummah (nation of Muslims) there shall be women who would be naked in spite of being dressed, they have their hair high like the humps of the Bukht camel, curse them, for they are cursed. They will not enter Al-Jannah and would not even perceive its odor, although it's fragrance can be perceived from a distance of 500 years travelling by camel "

This indicates that a woman could cause herself a grave and destructive sin if she puts on a garment that is thin and transparent and which clearly shapes her body's features.

4. Hijab must be roomy, and not tight.

The hijab is a safeguard against fitna. If it is tight, it will be descriptive of the woman's body and this violates and defeats the whole purpose of hijab.

5. The hijab must not be perfumed

On the authority of Ad'Diya Al-Maqdisi, the Prophet (sallallaahu 'alayhi wa sallam) said:

"Any woman who perfumes herself and passes by some people that they smell her scent, then she is a zaniyah (adulteress)"

6. The hijab shouldn't resemble the dress of a man

Imam Ahmed, an-Nissa'ee reported the Prophet (sallallaahu 'alayhi wa sallam) to have said: "Women who assume the manners of men are not from us and also those of men who assume the manners of women." Abu Huraira (radiyallaahu anhu) narrated that: "The Prophet (sallallaahu 'alayhi wa sallam) cursed the man who wears the dress of a woman and the woman who wears the dress of a man."

7.The hijab must not resemble the garments of the kuffar


Abu Dawoud and Ahmed have related the Prophet (sallallaahu 'alayhi wa sallam) said:

"The one who take the similitude (manner) of a certain people, then he/she becomes one of them"

Abdullah bin Ummar (radiyallaahu anhu) said: "The Prophet (sallallaahu 'alayhi wa sallam) saw me wearing two garments dyed in saffron (orange), whereupon he said: these are the clothes (usually worn) by the kuffar, so do not wear them."

8.The hijab should not be for fame

Abu Dawoud and Ibn Majah have related the Prophet (sallallaahu 'alayhi wa sallam) to saying:

"The one who wears a garment designed for a worldly fame, Allaah will make them wear a garment of humility on the Day Of Resurrection then he will be set ablaze"

The garment of fame is any garment a person wears to make themselves look famous. This applies whether the garment is highly precious and shows admiration to the life of this world or if it is chosen of a low quality to show lack of interest to this worldly life. The person may put on clothes with distinct colors so as to draw attention, act proudly and/or arrogantly.

9. Concealed ways of display

Examining the various conditions about the hijab one can clearly recognize that many of the young Muslim women are not fulfilling these conditions. Many just take "half-way" measures, which not only mocks the community in which she lives, but also mocks the commands of Allaah (Subhaanahu wa Ta'aala). They consider what they put on now wrongly as "hijab" So, O muslimoon, be mindful to Allaah (Subhaanahu wa Ta'aala) and His Messenger (sallallaahu 'alayhi wa sallam), and do not be deceived by those who "bless" this action of yours and conceal their true intentions. Do not be deceived, and there is no excuse to follow the evil.


If you are sincere in achieving Al-Jannah, then be mindful of these things, insha'Allaah..:)

Saturday, May 16, 2009

Eid Mua'llimin..

Bismillah..
Sejarah Hari Guru bermula..


Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu ketika itu telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.









Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979



terima kasih cikgu , ustazah,ustaz,teacher..=)
jasamu dikenang dan diingati slalu...
Jazakumullahu khairal jaza'...
Barakallahu Fikum~~~

Wednesday, May 6, 2009

Sanah helwah wa slm imtihan..

kek coklat~~
(belongs to my sister)







Bismillahirrahmanirrahim,
salam...buat semua..
Alhamdulillah bersyukur kpd Allah SWt kerana mmberi kita nikmat bernafas utk mneruskan kehidupan di bumi milikNYA..
sempena post nie.. sanah helwah/selamat hari jadi di ucapkn kpd kakak sy, fatimah dan anak saudra sy, amir wajdi..pd 30/4 yg laluu.. mereka sudah tua dan membesar,tp sy msih kecil..hi3
kebetulan mereka lahir pd tarikh yg sama..ttpi berlainan tahun..:)

setiap thn pd 30/4 rmah sy akn meriah mcm org kenduri kahwin,tp xde org kwin pon..
thn ni buat kenduri doa utk mereka ..best sgt2..
thn ni.. mcm2 mak sy masak..soto,roti jala, spagetti cheese( jgn terliur ye)
sbb agak ramai yg dtg..kelam kelibut di buatnya.jd suri rmah tangga spenuh masa nih..:***
trutama tym kakak pnye mak usrah dtg ... k.ila..(anak die sgt comel bru bpe bulan dh pakai tudung,mst jd anak solehah nt.. mak die pon solehah )
kawan2 kakak dri darul quran pon dtg.. mereka begitu baik dgn sy..
k.fida, k.adik, k.fatin, k.khairun,k.lina (bru knal ,tp akk ni baik^^)
sygnye..tak sempat nk curi2 tgkp gmbar mereka...=)
saudara mara pon dtg..terima kasih daun keladi diucapkn..lain kali dtg bwak hadiah lagi..n_N
makanan abis licin..~ mmg laris betul jualan..
tp sy on diet la pulak..sy tgk je org makan...tuh pon boleh kenyang..
pelik tp benar....
last but not least, happy birthday to themm..
my duaa for sis..
may Allah bless u..smoga dipanjangkan umur dan dimurahkn rezeki oleh Allah SWt serta x lupa dicepatkn jodoh.~hi~jgn marah~~..
wish you much pleasure n i hope ur dream come true sis..
keep shining like a sun..
keep blooming like a flower..
i'adah Al-quran molek2 deh !! ~_~, be a good muslimah wa sister too

renungan bersama:

"Perkara yang paling aku menyesali sekali apabila terbenamnya matahari umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah" (Ibnu Mas'ud)


Sesungguhnya umur adalah sesuatu yang terbatas,Kematian pula sesuatu yang tidak diketahui.Manusia tidak mengetahui bila dia bakal mengucapkan selamat tinggal kepada dunia untuk bertemu Tuhan.Sesungguhnya perkara silam telah berlalu pergi dan tak akan kembali. Perkara yang akan datang masih terhijab.Maka yang tinggal hanya hari ini yang kita lalui..Sama2 kita doa agar Allah permudahkan urusan kita demi mengembalikan
kegemilangan Islam!


'Ingatlah... semakin lama kita hidup, semakin hampir kita dengan ajal yang telah ditetapkan Allah tarikh dan waktunya..
Jadi... sentiasalah bermuhasabah pada diri agar.. semakin lama kita hidup, semakin bertambah bekalan (amalan baik) yang kita bawa untuk di hari akhirat kelak
..

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

nie hadiah utk kakak wa amir ya..yg sy trmampu..^_^


p/s: next week.. dh nk exam mid year..so maybe lama blog nie x kan diupdate..~maka blog ni akan berhabuk dan berdebu~~xde bibik nk kemaskan.
focus on study...away~~preparati0n ni d0p cukup2 agih..aish..mcm mne nih?? usaha2 +berdoa + jgn putus asa kn? :) ..doakn kjayaan sy dan rakan2 seperjuangan..smoga Allah SWT memakbulkan serta memudahkan kefahaman utk menjawab nnt dn tgolong dlm kalangan org yg berjaya!!...maattaufiq wanajah fil imtihan...ameenn...


wassalam w.b.th..jazakumullahi khairal jaza'..

Monday, April 27, 2009

Ukhwah Terjalin Kasih Terbina..

Sahabatku....
Tika aku hampir lemas dan putus asa dalam arus dunia
Kau datang dengan 1001 nasihat kepadaku
Kau peluk tubuhku lalu kau kucup dahiku
Dan kau seka airmataku dengan hujung tudungmu
Kau tersenyum dan menunjukkan sinar ceria wajahmu
Kau genggam erat dan pimpin tanganku
Lalu kau berbisik kepadaku
Tentang janji-janji Allah swt terhadap hambaNya yang beriman
Dan kau yakinkan aku, bahawa Allah swt sentiasa bersamaku.

Sahabatku....
Masih segar juga diingatanku
Tika ada perselisihan faham berlaku antara kita
Kau menarik lenganku untuk duduk bersamamu
Duduk dan memuhasabah diri atas apa yang berlaku
Dan kau berpesan kepadaku
"Wahai sahabatku yang aku sayang kerana Allah
Ini adalah salah satu ujian daripadaNya
Menguji sejauh mana keutuhan persahabatan kita
Untuk melalui kehidupan di atas muka bumi ini"
Kau terus memalingkan mukamu
Menyembunyikan airmatamu
Yang mengalir deras dari matamu
Aku merangkul tubuhmu
Ya Allah!! Airmata kita sama-sama
Mengalir tanda kasih sayang persahabatan..




"IMAM GHAZALI bkta:
'bila mencari teman utk mncapai kebahagiaan akhirat,
perhatikanlah benar2 urusan agamanya &
bila mencari teman utk keperluan duniawi,
maka perhatikanlah tentang budi pekertinya'.








************************************************************************



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





**************************************************************************



Pimpinan Lembaga Disiplin Pengawas Semerbak 2009

thanks all.. for ur support to me..especially to pkp(misra) and adorable teacher,pn Adura..
mereka ni la suka memberi sy kerja menaip dan tunjuk ajar :)..tcher yg sgt2 caring &baik..
aasid jiddan ala kulli hall..kpd siapa yg pernah terasa dgn sy ke spnjg pimpinan dan tugasan ,
termarah ,tak tegur, tarik muka ke...seribu kemaafan dihulurkan ..kte sbg manusia tak lari dari kesalahan..smua yg baik dtg dri Allah SWT dn sgala yg bruk dtg dari diri sy sendiri..May Allah bless all of you...insya' Allah..




DapatAlign Centerkan Mesej Bergambar di Sini

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


di sini jua kebahagiaan tercipta..kasih syg mereka tiada tandingan kcuali Allah SWt..: ) usrati saaidati~~
Alhamdulillah..thank you Allah..thank you Allah..For all the bless& ukhwah..





Photobucket


all of them are my lovers forever n ever Fillah !!:)
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
waakhiraannn, hayatilah kata-kata hikmah di bawah.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sunday, April 5, 2009

Tips elak Histeria: Us.Haron Din saran amal Muawizat

salam, sempena post kali ni,
kes histeria yg kian menjadi-jadi di sekolah saya..
Alhamdulillah.. skrg agak berkurangan sikit ..
untuk semerbakians, dan sahabat2 jom baca..
dan marilah kita amalkan bersama tips2 dan saranan yg diberikan sbg pendiding diri dri syaitan&jin oleh Us.Haron Din( penceramah yg pling sy minati dri kecil ^^)
..insya Allah.. amalkan juga mathurat pagi & ptg( keep istiqomah,,aminn..=) )
2009-Feb-25

Azamin Amin
Wed | Feb 25, 09 | 12:58:34 pm MYT

Kejadian histeria adalah fenomena yang sering berlaku di sekolah-sekolah berasrama penuh yang perlu diambil perhatian oleh pelbagai pihak di samping mengamalkan beberapa kaedah, amalan dan doa tertentu bagi mengatasi gejala terbabit.

Bagi menghindari kejadian histeria atau rasuk akibat gangguan makhluk halus berulang di kalangan para pelajar sekolah asrama mahupun orang awam, salah satu amalan dan petua yang sebaiknya diamalkan ialah Muawizat.

Muawizat adalah surah-surah yang terdiri daripada surah al-Ikhlas,al-Falaq dan an-Nas yang dibaca setiap hari baik sebelah pagi atau pada sebelah malam, selain hadis sahih Rasulullah s.a.w menyebut ayatul Qursi juga turut dibaca bagi menghindari kejahatan dan gangguan makhluk halus.

Demikian saranan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din ketika diminta mengulas berhubung kejadian histeria di sekolah-sekolah yang terpaksa ditutup akibat kejadian Histeria.

Beliau turut menjelaskan beberapa punca yang menyebabkan terjadinya kerasukan di kalangan para pelajar antaranya ialah berlaku 'breakdown' pada perasaan atau jiwa seseorang disebabkan tekanan (tension) belajar yang terlalu tinggi di samping kelemahan seseorang mengalami emosi ketakutan yang bersangatan sehingga memudahkan gejala makhluk halus mengganggu hingga terjadinya histeria.

"Ketakburan juga boleh menyebabkan histeria iaitu berani yang terlampau sehingga mengganggu atau mencabar tempat-tempat yang dipercayai ada makhluk halus," katanya yang kini berada di Langkawi ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

"Selain itu, akibat manusia yang menceroboh kawasan 'mereka' hingga mereka datang 'membalas' pula.

"Dan fenomena ini tidak hanya berlaku di sekolah-sekolah agama, sekolah biasa atau berasrama penuh sahaja tetapi juga banyak terjadi di kilang-kilang serta tempat orang berkenduri kendara," kata pengamal perubatan Islam itu.

'Pindahkan' makhluk halus ke kawasan lain

ImageIni menjelaskan lagi katanya bahawa dunia ini tidak didiami oleh manusia sahaja malah turut dihuni oleh makhluk-mahkluk lain juga yang dikenali dengan pelbagai nama dan oleh yang demikian manusia sewajarnya tidak sewenang-wenangnya menceroboh kawasan 'mereka' atau lebih baik lagi berdoa kepada Allah SWT supaya dihindari dari gangguan jin syaitan mahupun makhluk halus.

"Sebaik-baiknya sebelum buat bangunan atau sekolah di satu-satu kawasan, perlu berdoa terlebih dahulu supaya dilindungi ataupun 'memindahkan' makhluk tersebut ke kawasan yang lain," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa Rasullulah juga turut berdoa kepada Allah agar dilindungi daripada diganggu oleh makhluk yang mendiami alam ghaib ini.

Doa tersebut katanya berbunyi begini: "Wahai bumi, tuhanku dan tuhanmu sama iaitu Allah, aku mohon perlindungan Allah daripada kejahatanmu dan kejahatan yang keluar darimu, dan kejahatan yang turun atasmu, kejahatan yang melata atasmu seperti binatang berbisa dan mahkluk halus yang mendiami tempat ini serta keturunan-keturunan mereka."

Sebelum itu, Mufti Selangor, Dato' Mohd Tamyes Abd Wahid, yang turut mengulas kejadian terbabit dilaporkan berkata bahawa apabila seseorang takut kepada syaitan dan makhluk halus seperti jin, ia hanya akan menyebabkan makhluk itu semakin bongkak.

Jangan tinggal solat

"Kita ambil contoh, kadang-kadang pelajar yang tinggal di asrama, khususnya pelajar perempuan, sering ditakut-takutkan dengan kewujudan 'penunggu' di bilik air dan disuruh berhati-hati sehingga akhirnya mereka percaya," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pelajar di sekolah berkenaan tidak meninggalkan solat dan menjaga disiplin dan apabila seseorang meninggalkan solat, amat mudah syaitan mengganggu menyebabkan kejadian seperti histeria.

Mohd Tamyes yang mempunyai pandangan yang sama dengan Haron Din berkata, mahkluk halus seperti jin berada di sekeliling manusia, cuma ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Seperti manusia, katanya, ia memiliki tempat tinggal dan selalunya menghuni rumah yang ditinggalkan kosong.

"Semua pelajar perlu berhati-hati dan mempunyai kekuatan diri supaya tidak mudah dirasuk serta tidak mudah takut dengan gangguan syaitan dan iblis,katanya - azm

(Interbiu dengan Dato' Haron Din berhubung kes histeria ini dibuat dua tahun lalu, sekadar panduan dan rujukan kepada yang terlibat dan yang mahu mengambil pengajaran daripadanya- wallahualam)

dipetik dri :http://www.blogmyway.org/?w=cahaya2&page=2&thisy=&thism=&thisd=


Friday, March 27, 2009

MTQ 2009 =)

Assalamualaikum WBTH,Bismillahirrahmanirrahim.In the Name of Allah the Most Gracious the most Merciful,,
wahai pembaca yg d rahmati Allah sekalian,
slm sudah , hormat pun sudah(pengaruh syarahan agama mtq.=) )




sebelum memulakan entri kali ini, sempena mtq atau Majlis tadarus Al-quran yg diadakan baru-baru ni, nk kongsi serba sedikit al-kisahnya ..
tak ada apa yg menarik , cuma mtq pada thn ini berlainan drpd thn sebelumnya krna tak ada majlis penutup..takpelah , sistem thn nie mgkin lbih tratur sbb peserta x perlu menunggu masa yg lama..



Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan denganya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus.
(Surah Al-Maidah: 14 &15)



tpi matlamatnya ttap sama , utk menerapkan kepentingan Al-quran sbg panduan dan Islam diterapkan dlm diri setiap pelajar muslim serta mendalami ilmu agama dan menghayati keindahan Islam..di samping merapatkan ukhuwah Islamiah antara peserta dan guru yg berlainan sekolah..

peristiwa senyum,ukhwah terjalin.. =) =)
ismuhu syifak.(slm ukhwah Fillah,syukran syifak : ) )
''kenal zahratul muna x, dia smk seri gombak kan?''
sambil senyum , ana pon jawablah '' ehh dia bukan skolah ni die skola di .....''
silap sekolah rupanya.. hi~ kebetulan,nasib baik dia tanya budak yg ana kenal..
lps taaruf, sembang2 boleh syifak ckp ana mcm muna..''tgk awk teringat muna''
bagai langit dgn bumi la..hi~ konklsinya, mungkin syifak terlalu rindu kt muna sehingga kwn muna d anggp ''muna''..n_N

kembali pd maudug asal,
Alhamdulilllah, mmg hebat2 belaka peserta2 thn ini,
terutamanya syarahan samer ( besttt sgt2, rugi spe x tgk)
hi3..hujah dan naskh die mmg mantap.. insya Allah, satu hari nnt akan lahirlah serikandi dan mujahidah Islam yg lantang bersuara menegakkan syiar Islam..
utk bahagiann yg lain x sempat nk pergi menjenguk2 hny smpat pergi ke bahagian syarahan dan tilawah Al-quran sja..
yg lain smua bhgian muslimin..

dan untuk semerbakians, Alhamdulillah, perpustakaan sekolah kita merupakan perpustakaan terbaik daerah gombak,Tahniah,Tahniah..
clapping smiley Pictures, Images and Photosclapping smiley Pictures, Images and Photos

dgn mencapai penggredan B jauh meninggalkn sbpi gombak dan yg lain-lain.. ehh belum habis lg, penggredan ini pd thn 2007..2009?? Wallahua'lam..

berbalik kpd mtq , peserta yg menang juga tdk diumumkan,
hny akn menerima panggilan telefon dr pihak mtq.
pelik2 juga thn nie, agak drastik perubahan yg dilakukan,,tpi x patahkan smgt peserta sebaliknya thn nie makin hebat2 pencalonannya..SubhanAllah..^^


adat resam pertandingan ada yg menang dn ada jua yg kalah,
sabarlah stiap dugaan yg melanda..Innallaha Ma'ana..

sekalung tahniah wamabruk a'laiki kpd adikk asmaa menang dpt no-2 lgi,
Alhamdulillah,bagus btl adikk,,!! =)
bakal hafizah cilik stu hri nnt nih..aminnn


teruskan perjuangan ,terutamanya kpd adik kls KAA yg amat akakk sygii Fillah terutamanya adik shafiqah, fatin firzanah,zawin najah(my twin) he3, asmaa bt majdan dan lain2 jgak..sbb antum wa antunna la yg bkl mewarisi kakak2 dan abg2 yg akn meninggalkan persekolahan nnt yer..adik2 ibarat sebutir permata,adik sgt bertuah sbb berada dlm kls agama dan dpt pelajari bhs syurga,walaupun ilmu agama yg kita dpt tidak mendalam dan sehebat sekolah bertaraf agama , amalkan apa yg dipelajari dan ingat pesan ustaz dan ustzah sbb akk tau adik2 diberi priority yg lebih, guna peluang ini dgn sebaik-baiknya ok? :)





insya Allah..
akhirul kalam,




semoga berjaya duniawi wa ukhrawi aid0n,
dlm mengejar kejyaan jgn lupa hablu minaLLAH wa hablu minnnas..
teruskan perjungan memartabatkan Islam dan mengejar keredhaan Allah,,


man jadda wajadda waman zaro'a hasoda.
ameenn ya Rabbal Alamin.
with lots of loves,
uhibbukum Fillah..
safinah_njh..=)

Friday, March 20, 2009

Petua Imam Syafie..

PETUA IMAM SYAFIE..

Empat perkara menguatkan badan :
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan :
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata :
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata :
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran :
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama





4 CARA TIDUR :

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.



* kepada saudara muslimin-muslimat agar petua ini menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati

* khairunnasi anfau'hum lilnas

jom amalkn bersama !!

Al-a'malulillah.. =)

Monday, March 16, 2009

Sumber Inspirasiku.. =)

SPM: Pelajar Maahad Perempuan dapat 20A
Salmah Mat Husien | Foto Rizal Tahir
Thu | Mar 12, 09 | 2:36:54 pm MYT

KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) - Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini. Image

Dengan keputusan itu Nik Nur Madihah juga meraih pelajar paling cemerlang di Kelantan dalam peperiksaan terbabit.

Tiga tahun lalu, pelajar sekolah yang sama Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2).

Seorang lagi pelajar, Nor Farah Aisyah Nazim, 18 memperolehi keputusan 17A.

Manakala Suhazlinda Ghazali diumumkan sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) apabila memperolehi pencapaian 10 mumtaz dalam peperiksaan itu tahun lepas.Image

Hadir sama pada majlis penuh bersejarah tersebut, ibu Nik Nur Madihah, Mariani Omar, 42 dan ayahnya Nik Mohammad Kamal.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ustaz Zakaria Mohamad dan penolong-penolong pengarah Yik, tenaga pengajar sekolah terbabit, pelajar serta ibu bapa serta pelajar cemerlang SPM 2006, Siti Fatimah.

Mohd Amar ketika mengumumkan keputusan berkenaan berkata, sebanyak 17 sekolah Yik memperolehi keputusan peperiksaan 100 peratus dalam SPM termasuk Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah yang pertama kali menduduki SPM.

Katanya, dua pelajar Maahad Tahfiz Sains mendapat 11A.

Image "Pencapaian keseluruhan membanggakan memandangkan tahun 2007 hanya 15 sekolah Yik memperolehi kelulusan 100 peratus," katanya.

Beliau juga berkata, seramai tiga pelajar memperolehi keputusan 13A, 11 orang (12A) dan lima orang (11A).

Kata beliau secara keseluruhannya pencapaian peperiksaan SPM 2008 meningkat sebanyak 2.45 peratus apabila melonjak kepada 98.01 peratus.

Mohd Amar juga meluahkan rasa kecewa apabila keputusan peperiksaan tersebut lewat diumumkan kerana kurang mendapat kerjasama pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (JPN).

Difahamkan pegawai JPN melengah-lengah penyerahan slip keputusan sekolah agama kepada pegawai Yik yang datang mengambil keputusan tersebut pagi tadi. Image

"Tak perlulah kita nak sorok atau rahsiakan kejayaan pelajar Maahad Muhammadi Perempuan. Apa salahnya kalau dimaklumkan awal kepada kami," ujarnya.

Mohd Amar juga berkata, antara rahsia kejayaan pelajar agama di bawah Yik kerana tidak pernah membelakangkan syariat dalam semua hal termasuk pendidikan.

"Namun sikap pihak tertentu yang memperlekehkan sekolah agama dan hari ini mereka melihat sendiri kejayaannya," kata beliau. - mj _


sumber:harakahdaily.net




SubhaNallah,hebatnya kakak nie!!''bisikan hatiku kian berbuak untuk mengetahui disebalik kejayaan beliau,

begitu pilu sekali hati membaca kisah kejayaan pelajar cemerlang spm 08 peringkat kebangsaan .walaupun xberpeluang belajar di smu(a) maahad muhammadi masa ting 1..ku begitu bangga sekali dengan kejayaan beliau..sekalung tahniah ya ukhti..buat sahabat perjuangan di maahad,smoga kejayaan bersama kita, danku harap dikau mengulangi sejarah kejayaan maahad thn dpn..jika ku x mampu mencontohi kecemerlangan 20A mu, kecantikan peribadi dan ketabahanmu akan ku semaikan dalam diriku ini,insya Allah..dikau sumber aspirasiku,11A1 spm09..ameenn:)

mampukah aku menjadi sepertinya? ya Allah kau iringilah kejayaanku dgn keredhaanMu..

ameenn..

keperitan dan kesusahan hidupnya tidak pernah dijadikan alasan..

bersyukur kerana miskin dari segi harta, tapi kaya dengan ilmu…. harta sebenarnya adalah satu ujian dari Allah SWT..

tabah benar hatimu..:")

antara rahsia kejayaan beliau:

“Saya belajar bila terasa nak belajar tanpa terpaksa atau dipaksa.”

"Saya tak ikut kelas tambahan, belajar juga tak ada jadual.



kini,kecemerlangan pelajar sekolah agama kian meningkat, kejayaan yg dikecapi bukan sahaja kejayaan di dunia malah di akhirat..terbuktilah pelajar aliran agama jua boleh berjaya ,

Islam terus di julang,kerana ingatlah Janji Allah pasti benar! =)