Thursday, June 4, 2009

LAwak lagi~~

Bismillah,salam..
lawak ni bukan semata-mata lawak ja..tpi stu yg bermanfaat utk kita..

insyaAllah..
dn anda di nasihatkn jgn jua jadi si pelawak kerana anda telah melawakkan diri anda utk dilawakkan,paham2 la naa..mst ramai dok nk bc ble title 'lawak2'ni kan.~~jemput baca bsma-sama~~ =)

" Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "

" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja..tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung....ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa.."

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak e-mail yang berunsur lawak jenaka ke semua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???

Kenapa ?? tu kan realiti..tapi yg paling lawak sekali...berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain...
sampaikan walau 1 ayat~~

Selamat Beramal Kerana ALLAH,Barakallahu fikum~~!!
insyaAllah..
wslm..

No comments: