Tuesday, January 26, 2010

Tidurlah, Kalau Nak Cantik~!

Bismillah Pictures, Images and Photos
Tolong jawab, siapa yang tidak suka tidur? Tidur memang dikaitkan dengan malas dan tidak produktif. Malah tidur yang melampau akan memudaratkan. Tetapi jika tidur cukup, tentulah tidak salah dan tubuh pasti lebih fit.
Tidur    sama    pentingnya dengan  air  dan  makanan tetapi  ada  orang  anggap tidur  ini  amalan  remeh. Padahal tidur adalah salah satu resipi sihat, cantik dan awet muda.  Tidak  percaya?  Ketika  tidur,  tubuh  bekerja  keras  memperbaiki  sel-sel  dan  jaringan  tubuh yang rosak. Otak pula sibuk mengisi  ruang  memori  dengan pelbagai perkara yang anda alami  dan  pelajari.  Tidur  yang dimaksudkan   ini   adalah   tidur yang   berkualiti.   Ada   beberapa  persoalan  mengenai  tidur  yang perlu kita tahu. Apakah pengaruh tidur  bagi  organ-organ  penting manusia?  Benarkah  tidur  yang terlampau  akan  membuat    anda gemuk?  Atau  sebaliknya  kurang tidur  boleh  menyebabkan  anda obesiti?



Kulit

Semasa  tidur,  tubuh  menghasilkan  hormon  pertumbuhan manusia  (human  growth  hormone/HGH)   dan   melatonin.   Fungsi kedua-dua hormon ini berkaitan dengan     kecantikan,     antaranya   untuk   memperbaiki   sel-sel  tubuh,  mencegah  penuaan  diri dan  meremajakan  kembali  jaringan-jaringan  tubuh  yang  telah haus.  Kerana  itu  jangan  hairan apabila terdapat perbezaan yang jelas  antara  kulit  orang  yang  cukup tidur dengan yang kurang tidur. Seseorang yang kurang tidur akan kelihatan lebih tua dari usia sebenarnya.  Sementara  yang  cukup tidur nampak lebih segar.

Mata
Mata  adalah  sensor  pertama manusia bagi memulai hari. Begitu mata melihat cahaya terang di pagi  hari,  ia  akan  mengarahkan tubuh untuk memulakan aktiviti. Dalam sehari otot-otot di sekitar mata akan bergerak-gerak ribuan kali mengikut ekspresi wajah. Sedih,    gembira,    berkerut, ketawa    semuanya    melibatkan tarikan otot-otot sekitar mata. Sebab itulah, tanda-tanda penuaan salah satunya ada di kerutan sekitar mata. Jadi untuk memastikan otot-otot  itu  punya  waktu  istirahat yang cukup setiap hari, tidur sangat diperlukan. Bagi   sesetengah   orang,   cahaya  mempengaruhi  cepat  atau lambatnya  seseorang   tidur   di samping   keselesaan. Ada   yang tidur  dengan  suasana  lampu  dipasang  dan  ada  juga  yang  tidur dalam keadaan gelap.

Paru-paru
Sama   ada   dalam   keadaan jaga mahupun tidur, udara akan masuk  ke  dalam  tubuh  melalui mulut   dan   hidung,   mengalir ke  saluran  pernafasan  dan  kemudian  ke  paru-paru.  Apabila udara  mengalir  dengan  baik  ke paru-paru, maka fungsi organ ini juga akan berfungsi dengan baik. Hasil  kajian  Dr.  Olga  Parra  dari Universiti   Hospital   Barcelona, Sepanyol mendapati, kesulitan tidur akan menimbulkan risiko serangan  angin  ahmar.  Ini  kerana adanya  gangguan  berkala  ketika bernafas. Jadi sangat jelas bahawa gangguan tidur adalah gangguan pernafasan  selama  tidur  kerana terhalangnya  aliran  udara  yang masuk ke dalam paru-paru.Nasihat beliau, lakukan aktiviti apa pun agar tubuh bergerak dan letih. Organ tubuh yang aktif bergerak akan mencapai puncak keletihan  pada  malam  hari  sehingga  membawa  kepada  tidur yang selesa, tanpa gangguan pernafasan selama tidur.

Sumber:Di Sini

 Tambahan Maklumat.

“Daripada rahmat-Nya (Allah) menjadikan bagi kamu malam dan siang untuk kamu berehat dan mencari rezeki, mudah-mudahan kamu bersyukur." (Surah al-Qasas)

Rasulullah s.a.w memberikan contoh yang baik untuk tidur dengan doa-doa yang lengkap. Tidur itu sendiri sebenarnya mempunyai adabnya yang berlandaskan ajaran Islam, antaranya ialah:

a) Jangan dilewatkan tidur selepas solat Isyak melainkan ada hal penting seperti muzakarah ilmu, melayani tetamu dan sebagainya. Diriwayatkan daripada Abu Barzah, sesungguhnya Nabi s.a.w membenci untuk tidur sebelum Isyak.

b) Berwuduk sebelum tidur. Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

c) Mulakan tidur atau baring atas rusuk kanan sebagaimana sabda Nabi s.a.w kepada al-Barra´: “Mulakanlah tidur kamu di atas rusuk kanan.”

d) Jangan tidur dengan cara meniarap atau menekan perut kerana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Sesungguhnya cara tidur meniarap adalah tidur ahli neraka.”

e) Amalkan membaca doa-doa tidur sebelum dan sesudah bangun dari tidur seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Ringkasnya, pengajaran Islam dalam persoalan tidur memberi penekanan bahawa tidur itu sebahagian daripada nikmat yang diberikan Allah. Demikianlah, ajaran-ajaran Islam yang begitu sempurna merangkumi segala persoalan harian hidup.

Subhanallah, tidak terfikirkah kita, sehingga ke aspek tidur sekalipun Islam ada menggariskan cara yg terbaik.

Sumber: Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia(YADIM)

3 comments:

A. said...

tak lama lagi semua pakat tidur~
:P

cikfaizah said...

teringat rumusan Bm time SPM.
pasal tidur.
kan? ;p

slave &caliph of Allah SWT said...

to aishasoleha/aqila:

tu la, mari pakat tidoq awai..
boleh Qiamulail pd sepertiga malam,
insyaAllah..=)

to faizah:
ye faizah,ingat2..
ada pasal masalah insomnia kan?
mna dh letak buku rumusan.
belajar bm masa tingkatan 5 sgt best~xtau kenapa.hehe^^