Sunday, January 24, 2010

Gelisah yang mendera

Bismillah Pictures, Images and Photos

Pada suatu malam Nabi SAW tidak dapat melelapkan matanya. Baginda memalingkan mukanya ke sana dan ke mari, dan mengantuk tak dirasakannya. Menyedari keadaan tersebut, isteri baginda bertanya,
“Mengapa engkau tidak dapat tidur, wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab, “Ada sebiji kurma, terletak di suatu tempat, tadi. Kerana takut ianya terbuang begitu sahaja, aku telah memakannya.
Sekarang aku berasa kesal kerana buah itu mungkin telah ke mari untuk diagih-agihkan kepada fakir miskin.”
Buah yang dimakan baginda mungkin kepunyaan dirinya sendiri.
Tetapi kerana para dermawan selalu menghantar sedekah ke rumah baginda untuk diagih-agihkan, perbuatan memakan kurma itu tadi telah menimbulkan keraguan di dalam hatinya.



Demikianlah ketelitian Nabi SAW mengenai setiap perkara yang dilakukannya-
hatta yang sekecil buah kurma itupun dihitung-hitungnya. Ambillah pengajaran : Kita seharusnya juga menilai setiap tindak-tanduk kita, agar kita takkan berasa kesal di kemudian hari. Dan berkhidmatlah kepada Allah dengan senang hati. InsyaAllah dunia kita akan lebih berseri.
Sumber: inspirasi[at]iluvislam.com

2 comments:

Azila said...

salam dik najah:)
jklh pekongsian ini

najah said...

wslm w.b.th,
kehadapan kak ila=)

smoga bermanfaat utk semua dan diri ini.insyaAllah.
syukran, ya ukhti^^