Thursday, January 14, 2010

Kemenangan itu Faizah~!

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.th.
Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
Syukur, Alhamdulillah masih di beri kesempatan utk meneruskan kehidupan di bumi milikmu ini ya Allah.

Ma Ma'na faiz/ah ?
makna dia menang ustazah.
Tersenyum seorang sahabat itu masakan tidak, kata-kata itu satu doa bukan?
Faizah - Kemenangan.
Teringat ketika menjawab soalan BAT fi sualil awwal--ma'ani( kata seerti)
Faiizun = _ _ _ _ _ _
Mula-mula terpikir dh ,lepas tuh hilang tetiba masa nk jawab.
Selawat dan Zikrullah ya Lisani.
Alhamdulillah3x, lepas beberapa saat baru teringat.
(jama')Faaizun = Najihun /Faizah = Najah

Mengenali anda ketika berada di tingkatan 1,
dari tingkatan 1 sehingga 5 kita berada di kelas yg sama bukan?
"Wajaa'lna syuu'ban waqabaaila litaa'rafu''
Maksudnya : Dan Kami (Allah) menjadikan kamu manusia berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali.
Alkisah,
Berbasikal bersama ke sekolah,
Sanggup berjalan kaki dari rmh amalina ke sekolah.
Kemudian,pada tahun seterusnya kita bersama menaiki kenderaan yg sama jua.
Tidak kira apa pun aktiviti di sekolah pasti pergi bersama.
Ibnu Sina = Ibnu Sina juga.
Pernah semangat mu luntur utk  menamatkan belajar bhs arab,
Namun atas kekuatanmu diharungi kepayahan itu,Ana Uhibbu al-lughatul A'rabiah lianna lughatul jannah wa lughatul Quran. Hafalan ujian lisan ketika hendak di soal '' Kenapa kamu suka bhs arab? "

Sodiqoti,
Sy bangga dengan kamu..Sehingga ke spm kamu menyahut seruan ustazah bersama sy.Atas jiwa kamu yg kental walau kamu lembut orangnya.
Sy kagum dgn kamu. Kamu tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat.
Panggilan kamu hanya 'sy dan awak'.
Sodiqoti,
Pernah air mata kamu menitis tatkala org yg kamu sygi tidak menghargai kamu,
Faizah.. Innallaha ma'ana, sohabati~!
Sy tahu air mata kamu pernah mengalir kerana insan bernama rijal.

Walau kamu pendam, dari mata kamu sy tahu,
kamu pernah kesat air mata sy ketika sy ditimpa ujian.
Maaf atas teguran sy yg mungkin tidak membina pada ketika dahulu.

Sy manusia yg tak terlepas dari kesalahan. Ana Al-faqir ilallah.. 
Sodiqoti, 
Kamu tidak pernah ponteng setiap kali kenduri di rmh sy.
Malah membantu sy sehingga ke akhirnya.
Sedar tidak sedar. Seperti kata-kata hikmah yang kita suka hafal di kelas,
**Al-waqtu kassaif in la taqthoghu qothoa'k......**

Kita sudah melepasi zaman persekolahan di mana di situlah muqaddimah ukhwah kita.


Ingatlah selagi diri belum di panggil ilahi,
'' Ukhwah Fillah Abadan Abada'' , Uhibbuki Fillah.Di mata tidak lagi dapat menatap,di tangan boleh mengharap dengan berdoa supaya tautan ukhwah yg telah terbina diredhai Allah SWT.
Sodiqoti, 
Saya mengalu-alukan kamu . Jika ada kelapangan, pintu di rumah sy terbuka untuk kamu.Jika umur panjang kita jumpa deh.Mak sy selalu sy bertanya pasal kamu.Andai sy keluar je,mesti mak sy tanya keluar dgn faizah ke?

Wa akhiraan,
Aasif jiddan a'la kulli haal..Panjang entry ni..Syukran kasira menjadi sodikoti.
Semoga berjaya dunia dan akhirat. Menjadi muslimah solehah yang sentiasa dekat jiwanya pada Al-Khaliq.Berpegang teguh pada Al-quran Wa sunnah.Doakan sy juga..

Tak mampu diungkap dgn kata-kata.

Jazakillahu khairal jaza'.insya Allah..

aasif .. thumbdrive sudah hilang.
Faizah,ada hadiah istimewa akan di post utk kamu. Isbir ya~!=)
insyaAllah akan di post selepas keadaan kembali reda.

Especially to Faizah~

3 comments:

slave &caliph of Allah SWT said...

Apabila kita ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya,

kerana mungkin satu kelemahan, kau akan menjauhinya.

Andai kau ingin berteman,janganlah kerana kebaikannya,kerana mungkin dengan satu keburukan kau akan membencinya.

Andai kau ingin sahabat yang satu janganlah kerana ilmunya,

kerana apabila dia buntu kau mungkin akan memfitnahnya.

Andai kau ingin seorang kawan janganlah kerana sifat cerianya kerana andai dia tak pandai menceriakan kau mungkin akan menyalahinya.

Andai kau ingin bersahabat.Terimalah dia seadanya,kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa.Jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga tidak sempurna.

Tiada yang biasa menjadi satu kesempurnaan kecuali hanya Dia Yang Maha Esa.Bersahabatlah Fillah..

faizahfauzi said...

hee trime kasih najah.
dari dlu awk byk tolong sy.
bg sy tumpang krete awk.
mkn kt umah awk.
kdg2 tu jadi segan ngan family awk.
asek muke sy je.
hihi

nanti kte kuar g giant nak?
lame xg ngan awk. ;D

slave &caliph of Allah SWT said...

sama-sama.
tok sah diungkit la psl tolong tuh nah~
Tak apa, jgn segan2.
Kita kan dh mcm family.

InsyaAllah, ada kelapangan kita keluar sama-sama.
Kebetulan nk pergi bank , tapi tak tau bila nk pergi lagi ni.hi~
Giant? tempat lain la pula faizah.
mcm xdak tmpat la dh, situ je.hehe