Tuesday, January 5, 2010

Darul Quran, Jakim

Diploma Tahfiz Al-Quran
Darul Quran beriltizam untuk melahirkan para huffaz dan du'at yang berkemahiran dalam bidang Al-Quran, berwibawa dab berketerampilan melalui program diploma Tahfiz Al-Quran dalam kerangka membina ummah yang berkualiti.

Sistem Pengajian

Pengajian Program Diploma Tahfiz Al-Quran dijalankan mengikut sistem semester iaitu selama 6 semester (3 tahun). Pelajar-pelajar yang mengikuti program ini akan melalui tiga komponen kursus iaitu:

1.  Kursus teras Darul Quran
     - Kursus ini wajib diikuti oleh setiap pelajar bagi memenuhi keperluan
       pengajian Darul Quran.

2.  Kursus Umum Pengajian Islam
     - Kursus ini wajib ke atas semua pelajar dan dikehendaki lulus untuk layak
       menerima Diploma.

3.  Kursus Syukbah
     - Kursus ini ditetapkan oleh Darul Quran. Pelajar dikehendaki mencapai
       tahap kemahiran yang cukup dalam kursus yang ditawarkan. Buat masa
       ini tiga syukbah ditawarkan iaitu:
       a)  Syukbah Qiraat
       b)  Syukbah Dakwah
       c)  Syukbah Syariah

Semua program, peraturan dan pengurusan akademik yang dijalankan di Darul Quran adalah dilaksanakan berdasarkan keputusan Lembaga Darul Quran yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Yuran Pengajian dan Biasiswa

Yuran pengajian tidak dikenakan. Biasiswa akan dipertimbangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk pelajar-pelajar Darul Quran yang memerlukan.

Prospek

Pemegang Diploma Tahfiz Al-Quran, Darul Quran layak memasuki perkhidmatan awam atau swasta sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam, pendidik atau pendakwah atau imam atau lain-lain bidang yang memerlukan tahap profesionalisme, wibawa serta personaliti diri yang tinggi.

Pengiktirafan

Diploma Tahfiz Al-Quran diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan universiti dalam dan luar Negara, khususnya di Timur Tengah. Graduan daripada Darul Quran berpeluang mengikuti program Ijazah Pertama di pusat-pusat pengajian tinggi antaranya:

•  Maahad Qiraat, Al-Azhar Al-Syariff
•  Universiti Malaya
•  Universiti Kebangsaan Malaysia
•  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
•  Kolej Universiti Islam Malaysia
•  Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kassim, Pekan Baru, Riau, Sumatera
    Indonesia

Kelayakan Masuk

Kelayakan asas untuk mengikuti program Diploma adalah seperti berikut:
a)  Warganegara Malaysia
b)  Belum berkahwin
c)  Berumur tidak melebihi 21 tahun
d)  Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam:
     i)  Bahasa Melayu
     ii) Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah atau Pendidikan Syariah
    iii) Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Komunikas
     iv) Lulus Bahasa Inggeris
atau
    v) Lulus temuduga

sumber: http://www.darulquran.gov.my

4 comments:

Azila said...

salam najah:)
ada cita2 ye nk masuk sini...
bagus2.

slave &caliph of Allah SWT said...

wslm, k.ila.=)

insyaAllah..
doakan sy ye mdah2an dpt jd Al-Hafizah..Biiznillah,

syukran kak..^_^

Ain Faisal said...

assalamu'alaikum..

moga dpermdhkan olehNYA utk mendpt tempat di darul quran..amin

nanti temuduga buat yg terbaik k..

all the best..

_student@dq

slave &caliph of Allah SWT said...

waalaikumusslm wbth,

Rabbi Yassir Wala Tu'assir.amin~ ya Rabbal A'lamin.
Jazakillahi khairal jaza.

p/s:jika ada rezeki bolehlah kte jumpa di dq ya ukhti.
insyaAllah..

syukran kasira=)