Wednesday, January 6, 2010

Cakna Islam :Isu Kalimah Allah

PERHATIAN: Sila Baca Jika Anda Seorang Muslim~!


Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Mengenai Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah
Bil. Muzakarah : Kali Ke-82

1) Ulasan/Hujah



  1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverend Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
  2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.
  3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
  4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
  5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
  6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
  7. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.
  8. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.
  9. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri supaya kesucian agama dan akidah umat Islam dapat dipertahankan.
  10. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan kepada akidah dan kesucian agama Islam.
  11. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.
  12. Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam. Pada masa ini terdapat 10 buah negeri telah memperuntukan larangan penggunaan kalimah Allah dalam Jadual kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang masih dalam proses menggubal Enakmen ini.
2) Keputusan

  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.
  2. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 


اللـّـَهُـمّ َإ ِنــّـَا نـَـعُـوْذ ُبـِـكَ أ َنْ نـّـُـشـْــر ِكَ شَــيـْـئـًـا نـّـَعـْـلـَـمُـهُ
 وَنـَـسـْـتـَـغـْـفِرُكَ لِـمَا لـَـمْ نـَـعـْـلـَـمْ
Allaahumma inna na’uuzubika an nusyrika syai’an na’lamuhuu wanastaghfiruka limaa lam na’lam.
(Ya Allah kami berlindung kepadaMu daripada syirik yang kami ketahui dan kami mohon ampun kepadaMu daripada syirik yang tidak kami ketahui).”
(Hr. Ahmad IV/403)

Tuesday, January 5, 2010

Darul Quran, Jakim

Diploma Tahfiz Al-Quran
Darul Quran beriltizam untuk melahirkan para huffaz dan du'at yang berkemahiran dalam bidang Al-Quran, berwibawa dab berketerampilan melalui program diploma Tahfiz Al-Quran dalam kerangka membina ummah yang berkualiti.

Sistem Pengajian

Pengajian Program Diploma Tahfiz Al-Quran dijalankan mengikut sistem semester iaitu selama 6 semester (3 tahun). Pelajar-pelajar yang mengikuti program ini akan melalui tiga komponen kursus iaitu:

1.  Kursus teras Darul Quran
     - Kursus ini wajib diikuti oleh setiap pelajar bagi memenuhi keperluan
       pengajian Darul Quran.

2.  Kursus Umum Pengajian Islam
     - Kursus ini wajib ke atas semua pelajar dan dikehendaki lulus untuk layak
       menerima Diploma.

3.  Kursus Syukbah
     - Kursus ini ditetapkan oleh Darul Quran. Pelajar dikehendaki mencapai
       tahap kemahiran yang cukup dalam kursus yang ditawarkan. Buat masa
       ini tiga syukbah ditawarkan iaitu:
       a)  Syukbah Qiraat
       b)  Syukbah Dakwah
       c)  Syukbah Syariah

Semua program, peraturan dan pengurusan akademik yang dijalankan di Darul Quran adalah dilaksanakan berdasarkan keputusan Lembaga Darul Quran yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Yuran Pengajian dan Biasiswa

Yuran pengajian tidak dikenakan. Biasiswa akan dipertimbangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk pelajar-pelajar Darul Quran yang memerlukan.

Prospek

Pemegang Diploma Tahfiz Al-Quran, Darul Quran layak memasuki perkhidmatan awam atau swasta sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam, pendidik atau pendakwah atau imam atau lain-lain bidang yang memerlukan tahap profesionalisme, wibawa serta personaliti diri yang tinggi.

Pengiktirafan

Diploma Tahfiz Al-Quran diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan universiti dalam dan luar Negara, khususnya di Timur Tengah. Graduan daripada Darul Quran berpeluang mengikuti program Ijazah Pertama di pusat-pusat pengajian tinggi antaranya:

•  Maahad Qiraat, Al-Azhar Al-Syariff
•  Universiti Malaya
•  Universiti Kebangsaan Malaysia
•  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
•  Kolej Universiti Islam Malaysia
•  Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kassim, Pekan Baru, Riau, Sumatera
    Indonesia

Kelayakan Masuk

Kelayakan asas untuk mengikuti program Diploma adalah seperti berikut:
a)  Warganegara Malaysia
b)  Belum berkahwin
c)  Berumur tidak melebihi 21 tahun
d)  Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam:
     i)  Bahasa Melayu
     ii) Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah atau Pendidikan Syariah
    iii) Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Komunikas
     iv) Lulus Bahasa Inggeris
atau
    v) Lulus temuduga

sumber: http://www.darulquran.gov.my

Monday, January 4, 2010

Salam Imtihan..

Bismillah,
Assalamualaikum w.b.th

dgn sgala hormatnya merujuk kpd perkara di ats,

sukacitanya.

di maklumkan bhwa.

trial spm akan berlangsung dgn gilang gemilangnya , bermula 17/8-1/9.
wah2..

bermulalah perjuangan di medan perang~
smoga jihad Fi sabilillah..

insyaAllah..smoga resultnya full kaler bersinar2 nnt..ameeen..

wa idofatan ilaa zalikk,

sy nk mintak maaff kpd siapa2 yg sy penah yg sakiti, terkasar bhs, trlanjur kata.@ sgala perkara yg sy tak menyedarinya mmbuatkn anda berasa kecil hati dgn sy.maaf zahir wa batin..
mmohon kemaafan dan memberi kemaafan itu kan lebih baik.ok perkara kebaikan harus disegerakan, sy mintakk maaf..0-o tau?
sy mohon doa dan sokongan dari kalian.keep up my spirit.gotta be strong.

ya Allah kurniakanlah kami kejayaan dlm spm thn ini,
semoga kami beroleh keputusan yg cemerlang.
straight A1..amennn..
berkatilah kami dunia& akhirat.

''Allahumaj a'lna minnanajihiin wal faaizin wal-mutafawwiqin fil imtihan wa fiddunia wal a~khirah..am~~in...''

:)






nk wish all the best & good luck, kpd mereka2 ni .. adu'kunna bittaufiq wanajah aidon.

1. nani syam
2.wana syam
3.kamillya
4.adik shafiqah
5.adik zawin 'najah'
5.sri a'isyi fikriyah
6.all myclassmates 5 Bestari(sc 2)
7.classmate bhs arab tinggi
8.sorg bdak kisas bernama ......

tak lupa juga kpd semua sahabat perjuangan spm 09...~!


D.U.I.T.
( doa ,usaha,istiqomah,tawakkal)
Biiznillah..
ya Allah , istiqomahkanlah hati hambaMu ya lemah.

Bittaufiq wanajah daaiman..insyaAllah.

doakn kjyaan bersma..siiru a'la barakatillah.



Tuesday, December 29, 2009

InshaAllah

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side



Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way


Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

by: Maher Zain
~Insha Allah Lyrics~

Friday, December 25, 2009

Syair Imam Syafie

Bukanlah tinggal tetap itu
rehat bagi orang yang berakal
dan
berbudi
maka tinggalkanlah desa halamanmu
dan pergilah mengembara
merantaulah
pasti kau akan temui pengganti mereka
yang kau
tinggalkan
dan berusaha keraslah
sesungguhnya kemanisan hidup hanya ada
dalam usaha yang bersungguh-sungguh
sesungguhnya
aku melihat air menjadi cemar
kerana tidak mengalir
andai ia mengalir
pasti elok keadaannya
dan andai ia bertakung
nescaya cemar jadinya

Tudung Labuh Pun Sama Sahaja

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Izinkan diri ini untuk meluahkan kata-kata, Bukan kata-kata kesat, Bukan kata sindirian, Bukan kata kosong.

Perkara ini nampak seperti hal yang remeh, tetapi bagi ana ini merupakan sesuatu yang amat mendalam dan agak menikam kalbu.. Apabila diutarakan mengenai tudung labuh, walaupun bukan tudung bulat pun, apabila tudung itu sudah lebih besar daripada orang lain, pastinya persepsi masyarakat akan turut berubah seiring dengan perubahan tudung tersebut.








Mengapa persoalan ini diutarakan? Apa selalunya yang terlintas dalam diri masing-masing apabila melihat seorang perempuan memakai baju kurung berserta dengan tudung yang lebih labuh daripada perempuan-perempuan yang lain? Pastinya tanggapan pertama ialah; perempuan ini perempuan yang baik, perempuan yang sopan, perempuan yang tahu menjaga adab dirinya.

Namun adakah kita sedar, dalam majoriti kaum wanita yang dikatakan bertudung labuh yang nampaknya sopan itu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka ini yang sebenarnya sedang menconteng arang ke muka wanita-wanita yang lain.

Mengapa ana berkata begini? Tentu saja anda semua pernah dengar perkataan ini, “Alah tak payahlah nak poyo-poyo pakai tudung labuh. Ingat semua orang yang tudung labuh ni baik sangat ke? Kadang-kadang yang tudung labuh ni lagi teruk daripada tudung kecil!” pasti pernahkan? Bagi yang baru pertama kali mendengarnya, pasti hati berasa panas sahaja mendengar perkataan sebegitu yang diluahkan. Namun, itulah hakikat.

Kebanyakkan wanita sekarang ini, maaf untuk menegur, tidak berakhlak seperti yang tertera pada pakaiannya yang labuh. Berdating sana sini, bermesejan lelaki itu ini, berhuha-huha dengan lelaki ajnabi, berkoling-koling, berkapelan islamik kononnya, cakap buang masa, menggedik sana sini(maaf kalau ada yang terasa) dan banyak lagi yang mana akhlak tersebut langsung tidak kena pada imej wanita muslimah yang ditonjolkan.

Apabila orang kata tudung labuh pun sama teruk juga, cepat saja naik darah. Sedangkan siapa yang menyebabkan orang lain berfikiran seperti itu? Apabila timbul masalah seperti ini, pastinya orang lain yang mahu bertudung labuh terbantut niatnya melihatkan akhlak wanita bertudung labuh yang lain ini. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.








Akhirnya timbullah perkataan seperti, “ Aku tak pakai tudung labuh pun, free hair je kot, tapi aku tak adalah macam si polan tudung labuh tu. Harap tudung tu je yang besar, akhlak tak besar pun,”

Ya, memang diakui,yang bertudung labuh juga adalah manusia biasa yang punya keinginan. Tapi bukankah elok jika cara pemakaian kita seiring dengan tudung yang dipakai? Tutup aurat itu merupakan satu kewajipan,menjaga akhlak juga satu kewajipan bagi kita. Mengapa hanya diambil satu perkara sahaja, dan ditinggalkan satu perkara lagi?


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Firman Allah lagi yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Ahzab, ayat 59).

~Islah Nafsak ,Wad'u Ghairak~
Buang yg keruh ambil yang jernih.



 

Wednesday, December 2, 2009

UJIAN: Antara Berani dan Bijaksana

“Syabas Ustaz kerana berani menyatakan pendirian. Jangan takut diugut. Jangan takut kehilangan rezeki!”, pujuk pembaca.

Ayuh semua, gunakan amanah ilmu yang Allah berikan kepadamu untuk menentang kebatilan. Apa ditakut pada gertakan manusia!”, semangat seorang lagii.

Semenjak menulis dengan bahasa yang lebih telus, saya semakin kerap menerima saranan sedemikian rupa. Seolah-olah selama ini saya tidak telus kerana tidak tulus. Kerana saya takut atau pengecut.

Lalu kecerahan pendirian saya disambut dengan tepuk-tepuk bahu agar terus berani dan jangan lagi takut.
“Kalau takut dengan ujian, jangan cakap soal perjuangan!, komen pejuang reformasi pula.


ANALISA KAKU
Ia adalah analisa yang kaku, berkemungkinan dibaca dari buku. Bahawa sesuatu yang bernama perjuangan akan berdepan dengan ujian. Manakala ujian itu pula memang menakutkan. Hilang punca rezeki, kena buang negeri, kehilangan kepentingan diri, malah syahid… cita-cita yang dicari!
Itulah hafalan skema Tarbiyyah terhadap ujian bagi sebuah perjuangan. Seolah-olah perjuangan hanya teruji dengan ujian satu warna.

WARNA BIASA
Pandangan bahawa ujian muncul dalam bentuk ketakutan dan ancaman tidaklah salah. Bahkan Allah SWT sendiri sudah mengingatkan:
albaqarah155.JPG
Demi sesungguhnya! Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar [Al-Baqarah 2 : 155]
Kita belajar dari al-Quran bahawa perjuangan diiringi ujian. Segala musibah yang menguji adalah bukti kezaliman kaum durhaka yang dihadapi, dan mengangkat darjat pejuang yang diuji.
Dibuang kerja…
Diugut dan diancam…
Dipenjara…
Dibunuh…
Lalu kita menyeru manusia dengan bahasa berani. Bahawa keengganan menyahut panggilan perjuangan, mesti kerana TAKUT kepada ujian-ujian itu tadi.
Inilah yang saya katakan sebagai kefahaman yang kaku.


027.jpg
UJIAN YANG ‘TIADA KENA MENGENA’ DENGAN PERJUANGAN

Terkena penyakit yang mengaibkan.
Suami atau isteri seorang pejuang berkelakuan curang.
Anak ditangkap kerana menagih dadah.
Bagaimanakah semua ini boleh dibaca sebagai ujian terhadap perjuangan, jika segala musibah itu datang bukan kerana perjuangan? Bagaimanakah seorang pejuang yang lantang memperjuangkan Islam, tiba-tiba terkena penyakit kulit yang hodoh? Atau menjadi mangsa AIDS akibat suami yang berkelakuan sumbang di belakang, dan memindahkan sakitnya kepada isteri, seorang mujahidah?
Terlalu keji untuk membayangkannya…
Bagaimanakah kita boleh menterjemahkan ujian terhadap perjuangan, jika bencana yang datang adalah kegagalan rumahtangga? Pejuang menyeru agar masyarakat meninggalkan pergaulan bebas, memilih pasangan hidup yang baik-baik, tetapi kemudian diuji oleh Allah dengan rumahtangganya sendiri musnah akibat perbuatan buruk si suami atau isteri?
Apakah itu masih dianggap ujian terhadap perjuangan?
Apakah kita masih kuat upaya untuk bertemu dengan masyarakat dan meneruskan perjuangan, dalam keadaan diri memikul beban ujian yang mengaibkan itu?
Jangan bermain-main dengan ujian. Tidak semua ujian ada unsur heroic di dalamnya. Bukan semua ujian datang dari Taghut yang ditentang. Ujian boleh datang, dari punca yang tidak disangka-sangka, yang tiada kena mengena dengan perjuangan.


TELADAN KISAH AYYUB ALAYHI ‘AL-SALAM

Ayyub ‘alayhi al-Salaam bukan mangsa makar golongan al-Mala’. Tetapi ujian yang dihadapinya adalah ujian yang terlalu semulajadi. Ujian yang jarang dikaitkan dengan perjuangan.
Beliau diuji dengan penyakit yang menimpa tubuh badan. Penyakit yang bukan sahaja menjadikan fizikal baginda derita menanggungnya, bahkan ia membawa pula kepada kehilangan harta benda dan ahli keluarga.
shaad41.JPG
Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayyub ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: ” Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan (hasutannya semasa Aku ditimpa) penyakit tubuh badan dan azab penderitaan” [Shaad 38: 41]

Qatadah Rahimahullah menjelaskan bahawa kalimah Nusb itu bermaksud penyakit yang menimpa jasad, manakala ‘Adzaab pula memberikan makna kehilangan harta dan ahli keluarga (Tafsir al-Thabari Taqrib wa Tahdzib 6: 405 – 406]
Namun Allah SWT menjelaskan bahawa Ayyub ‘alayhi al-Salam itu adalah HAMBA-NYA. Itulah ‘alasan’ yang sudah cukup untuk menjelaskan betapa Allah SWT Maha Berkehendak, Bebas mengenakan apa sahaja ujian ke atas orang-orang yang beriman. Kerana kita semua ini HAMBA.
Hamba itu tidak berhak untuk menentukan perlakuan tuannya. Hamba ini bebas disuruh, boleh duji malah sentiasa bersedia untuk apa sahaja. Dia kehilangan diri kerana segala-galanya adalah ketentuan tuannya. Apatah lagi hamba kepada Tuan yang Maha Tuan, iaitu Allah SWT.
Selayaknya kita diuji… bukan dengan ujian yang kita persiapkan diri terhadapnya, tetapi ujian yang tidak disangka-sangka. Terserah kepada-Nya.


Ujian adalah cara Allah meningkatkan imej kita di hadapan Dia, bukan status kita di sisi manusia.
886068-002.jpg

UJIAN PERIBADI

Anda sebagai pelajar yang berjuang bimbang digantung biasiswa, tetapi anda diuji dengan gagal dalam peperiksaan, atau diuji dengan keluarga yang memusuhi Islam.
Anda sebagai pekerja yang berjuang bimbang dibuang kerja, tetapi anda diuji dengan anak yang terpengaruh dengan rakan sebaya hingga menjadi pelesit bangsa.
Apakah anda masih ada muka untuk istiqamah di jalan perjuangan ini, andaikata ujian yang datang bukan kerana anda berjuang?
Syaitan akan membisikkan rasa aib, malu, rendah diri, kecewa… sebagaimana syaitan membisikkan perkara yang sama. Kerana itu Ayyub ‘alayhi al-Salam berkata seperti yang terakam di dalam al-Quran, ” Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan (hasutannya semasa Aku ditimpa) penyakit tubuh badan dan azab penderitaan”.

UJIAN YANG BUKAN KEHILANGAN PERIBADI

Pejuang yang lari dari perjuangan kerana mencari kemewahan hidup, serahkan sahaja mereka untuk diuruskan oleh Allah SWT.
Namun bukan semua pejuang yang tidak memakai baju pejuang jenama kita, terus dengan mudah dilabelkan mereka sebagai penakut, pengecut atau gerun dengan kehilangan kemewahan diri.
“Hai, takkan takut hilang glamer kot!”, bahasa orang sekarang menyindir sesama pejuang.
“Rezeki boleh dicari di mana-mana bro. Come on laa!”, seru rakan kepada ‘pendakwah bebas’ agar tidak terus bergerak bebas dengan gelaran pendakwah bebas itu.
Mereka ini tersalah sifir.
Sangkanya pertimbangan seorang pendakwah hanyalah soal makan minum dan keselesaan hidup semata.
Dia lupa bahawa dalam perjuangan bukan hanya BERANI yang menjadi bekal, malah CERDIK dan bijaksana juga sebahagian daripada senjata.
Berani membuta tuli, jangan disangka hero kerana di sisi Islam dia itu mungkin seorang yang dungu dan membinasakan perjuangan dengan keberaniannya.


UJIAN ERA MILENIUM
Di era kehidupan milenium ini, perjuangan menjadi lebih rumit. Kerumitan itu menjadikan kita lebih tercabar untuk mengaitkan rupa bentuk gambarannya di dalam al-Quran, dengan realiti yang semakin berbeza.
Jika di era turunnya al-Quran, pencuri yang dihukum hudud didefinisikan sebagai penjenayah yang mencuri dengan tangan, hari ini pencuri mencuri dengan keyboard. Bagaimanakah pensabitan hudud hendak dilakukan ke atas kecurian seperti ini? Ia memerlukan kepada kefahaman yang dinamik dan ketelitian yang mendalam terhadap apa yang hendak direalisasikan daripada hukuman itu.


compas.jpg
Begitulah juga dalam soal ujian.
Jika di era turunnya al-Quran, jihad itu banyak manifestasinya adalah di dalam peperangan di medan pertempuran. Hari ini musuh mungkin bersarang di dalam kepala dan muncul dalam bentuk yang halus tetapi tetap merbahaya. Maka berkewajipanlah bagi pejuang untuk menganalisa tabiat jalan dakwahnya, agar prinsip amar makruf dan nahi munkar terus berjalan seiringan dengan ujian yang ‘menghiasinya’.


KEHILANGAN PELUANG DAKWAH
Pertimbangan pendakwah bukan hanya pada ujian peribadi, kesakitan, kerugian atau ketakutan. Perjuangan bukan hanya teruji dengan hal-hal yang sedemikian itu.
Perjuangan juga berdepan dengan ruang-ruang bergerak yang semakin disempitkan. Ia bukan disempitkan oleh kongkongan dan akta zalim semata-mata, tetapi disempitkan juga oleh prejudis dan sumbatan minda yang amat kompleks.
Perjuangan mempertahankan keadilan dan hak kemanusiaan, dilabel sebagai pembangkang.
Pembangkang dilabel sebagai penjenayah dan mengganggu ketenteraman awam.
Sekurang-kurangnya itu adalah mazhab politik Malaysia hari ini. Fasiliti kelas satu, minda beku dan biru.
Label pembangkang menjadikan orang telah pun lari, sebelum kita sempat memperkenalkan diri.
Inilah kerisauan terbesar pejuang era milenium.
Prinsip-prinsip dan kepercayaan diri terhadap kebenaran, keadilan, kejujuran, ada masanya perlu diterjemahkan sebagai prinsip dan pendirian politik. Namun apabila pendirian itu menyebabkan kita perlu berdiri di bulatan politik yang membangkang, bulatan itu mengecilkan ruang dakwah kita.
“Jangan jemput dia sebab dia orang belah sana!”, kata seorang pegawai sumber manusia.
“Dia tu, kalau kita sediakan mikrofon, mesti dia nak suruh kita masuk parti dia!”, tegas seorang pengerusi sebuah badan makruf.
Biar pun seorang pendakwah bersikap profesional dalam mengasingkan mesej politik dari mesej dakwahnya, ia tidak sempat untuk dihargai kerana telah tertolak mentah akibat prejudis dan gangguan mental masyarakat. Inilah yang menjadi kerungsingan pendakwah.

TIDAK CUKUPKAH DENGAN KUASA POLITIK?
Bagaimanakah kita mampu mengajak orang kepada memperjuang dan memenangkan Islam, jika orang itu sendiri pun tidak nampak apakah perlunya dia kepada Islam?
Bagaimanakah kita mampu mengajak orang untuk kembali kepada hukum agama, jika agama itu sendiri dipandang oleh orang itu sebagai punca masalah hidupnya?
Maka tidak semua ‘antena’ masyarakat dapat menangkap gelombang politik dan perjuangan.
Ramai yang memerlukan kepada perkara yang lebih asas untuk mengembalikan signifikasinya agama kepada diri. Maka ruang dakwah di masjid, surau, apatah lagi ceramah umum, tidak akan sekali-kali menemukan kita dengan golongan ini. Mereka tidak akan datang, malah tidak pernah terfikir untuk datang.
Jika ada tok guru yang sombong dengan formula “ilmu itu didatangi dan bukan mendatangi”, dakwah tidak mampu bersikap begitu. Dakwah harus datang, dakwah perlu proaktif. Dakwah perlu mencari ruang dan memanfaatkan ruang. Khususnya di era kebejatan minda hari ini, dakwah dan politik terpisah oleh prejudis manusia, prejudis sistem, dan prejudis rejim yang sudah terlalu lama berkuasa.


UJIAN PERLU DIPELAJARI
Justeru, ujian di sepanjang jalan perjuangan ini perlu dipelajari dan diteladani. Ia tidak muncul secara skema mengikut skrip yang dihafal dalam manhaj Tarbiyah yang diberi.
Pendakwah harus sentiasa peka dan mengenalpasti, apakah ujian yang sedang dihadapinya, lantas bertindak sesuai dengan ujian itu.
al-mulk2.JPG
Dia itulah yang telah menjadikan kematian dan kehidupan (kamu) sebagai ujian untuk menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa lagi Maha Pengampun [Al-Mulk 67 : 2]
Kehidupan dan kematian telah dijadikan Allah memang sebagai medan ujian buat kita. Namun kejayaan adalah untuk mereka yang memahami bentuk ujian yang datang, dan seterusnya bertindak sesuai dengan ujian yang dihadapinya itu.
Setelah wujud keberanian, bijaksanalah dalam menekuninya!

Tuesday, December 1, 2009

Ar- ruhul Jadid~~

Bismillahirrahmanirrahim.

Setelah sekian lama menyepi , dari blog yg dh bersawang~
Masa yang makin mencemburui.
Tidak sempat menjengah ke alam maya.
Untuk sementara waktu ini , imtihan sy akan bersambung pada minggu hadapan.
cuti dlm seminggu~study tidak sesekali diberi cuti.

Dah ramai bertanya bila nk update blog.
Syukran antunna.Terutamanya utk aqila.^^Alhamdulillah,ni sy sudah update blog.
susah juga utk mencurik-curi masa ini.

Spm yang berbaki lagi 2 minggu harus ditempuhi dulu.


dialog bersama kakak.

"tinggal bape paper lagi ?"
" lagi 4 paper kakak"

''last paper ape ?""

"PSI... ""


Al aaan,
tinggal lagi 4 paper untuk terus berjuang tanpa putus harapan.
Chemistry, Bhs Arab Tinggi , Pendidikan Al-Quran & Sunnah  & P.Syariah Islamiah

di saat yg genting ini..
Diri sedang di uji! Ujian yang 'besar' sedang menimpa atas diri ini.
Tatkala fikiran berserabut memikirkan ke mana hala tujuku selepas ini ?
Ku harus memberikan yang sehabis baik  di hadapan ku dahulu.Baru ku dapat hasil yg  terbaik~
Natijah yg Mumtazah..~!insya Allah

Andai tersungkur..
Andai semangat lemah.
Andai Diri sudah mengalah.
Cuba renungkan kembali?
Cuba muhasabah diri!


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Allah tahu dan Allah menyakini bahawa ada yg terbaik utkmu.
Untuk apa kita dicipta andai tiada ujian yg melanda,
Diri yang sentiasa alpa.
Harus di sergah segera,
Agar kembali  kepada jalan keredhaanNYA.
Terus istiqomah mendekatkan diri pada Yang Maha Esa.
Terus berjuang mengapai Iman yang sempurna.
Tiupkan  Ruh Semangat~~
Tanamkan Ar-ruhul Jadid!


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerahsempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya(mencapai kemenangan)."-Surah Al-Imran ayat 200




"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"-Surah Al-Baqarah ayat 45

Ujian adalah tarbiyah dari Allah SWT.
Terus berjuang wahai sahabat.

Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya

Yusuf al-Qardawi
Semoga kalian di rahmati Allah SWT selalu.
Siiru A'la Barakatillah..
Wslm

Saturday, October 17, 2009

Bismillahirrahmanirrahim..

Di Saat getir ini , ya Allah , ku mohon kau tabahkan hati ku,
kau sinari dengan nur Iman,
Ya Rabbi..
Ku Menghimpun kekuatan,Ku Memohon ketabahan..
Meredah liku-liku kehidupan  yang penuh cabaran.
Ku anggap kegagalan,bukan suatu kekalahan.
Tapi Suatu Kejayaan yang masih terpendam.
Ku Minta diberikan sejenak kesempatan utk kuulangi kembali
langkah pertama..
Keperitan yang kurasai mengajar erti kesabaran ,
Menyedarkan ku dari kealpaan.

aku tidak kan mampu bertahan tanpa izinMu ya Allah,


Janganlah biarkan ku tersungkur tanpa bimbingan..
Air mata yg berlinangan menjadi saksi betapa kau menjadikan jiwa hawa begitu halus,
Indahnya bentuk hati itu bila tangisannya Lillahita'ala.
Lantas ku panjatkan doa ,
Ya Muqallibal Qulub Sabbit Qolbi A'la Dinik.

Redhailah perjuangan& pemergianku , andai ini yg terakhir kali coretan ku,
Semadikanlah aku dalam nur Islam.
Ya Rahman , Ya Rahim, Ya Ghafur.. ampunilah segala dosa-dosaku, kedua ibu bapaku , adik-beradik ku dan saudara seIslamku.

Rabbana Taqabbal Minna Dua'ana Innaka Anta Sami'ulA'lim..
Watub A'laina Ya Maulana Innaka Anta TawwaburRahim.
Ami~n Ya Rabbal A'lamin.

Fi Amanillah..
Ana Al-Faqir ilAllah..~
Wabillahitaufiq walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Friday, October 16, 2009

Tips Utk Calon Assyahadah Al-dirasah Al-Maliziyyah


Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Wamaghfiratuh Waridwanuh,
Buat Bakal-bakal muka mujahidah wa mujahid yang akan menghadapi peperangan tak lama lagi. insya Allah.
Perjuangan kita yg belum selesai~ Hayya A'lalfalah3x.

Sedikit perkongsian di bawah , sumber dari email yg diberi oleh mua'llimah.
Untuk yang bakal mengambil peperiksaan,kumpulkan alat tulis dan genggam alattulis tersebut ( dalam keadaan berwuduk ).





kemudian baca bacaan-bacaan berikut:


1. Al-Fatihah 7 kali
2. Selawat 7 kali
3. Subhanallah 44 kali
4. Alhamdulillah 44 kali
5. Allah hu Akbar 44 kali
6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali

Teruskan dengan bacaan doa..

" Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah  kami di dalam urusan kami dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati kami untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa kami untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin. ."


Kemudian tiupkan pada alatulis tersebut dan hati-hati jangan di biarkan bersepahan sehingga di langkah.

imtihan Pictures, Images and Photos

Keesokan harinya ambil segelas air,


baca Al-Fatihah 7 kali dan Selawat 7 kali,bacalah doa yang sama seperti di atas dan minum air tersebut.


minum Pictures, Images and Photos
minum secara perlahan-perlahan , dlm keadaan tenang~ bykkan zikrullah.

InsyaAllah kita berusaha , semoga dapat membantu semua yang bakal menduduki peperiksaan.
Syukran utk atiqah wa mua'llimah biology kesygn kami.
Pn Zuraidah, Jazakillahu khairan kasira.

Kesempatan masa yg ada ini,
ana mohon doa kalian tak kira yg mengenali diri ana atau tidak.

Semoga Kejayaan diiringi Keredhaan Allah SWT.

Ana juga menyusun 10 jari, mintak maaf zahir batin segala kekhilafan diri.
Yang Baik dtg dari Allah SWT yg buruk dtg dari diri ini.
Harap tiada sekatan utk ana ketika imtihan nanti~
Takut kena road block ke.Nauzubillahi min zalik.

"ya ALLAH, Ampunkanlah dosa2 kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir."
('Aali-Imran : 147)


D + U + I + T
[Doa + Usaha + IstiQomah + Tawakkal A'lallah] 

moga pelaburan d.u.i.t kami beroleh pulangan yg lumayan
Bittaufiq Wanajah Fiddunia Wal aakhirah, ami~n.

"ya ALLAH, Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah2 pemberianNya."
('Aali-Imran : 8)

"ya ALLAH, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".

(Al-Baqarah : 201)

Wednesday, October 7, 2009

Salam Mujahadah,Nahnu A'la Abwaabil Imtihan.

Bismillahirrahmanirrahim,Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi.






Hayya A'lalFalah~


Inna Ar-raahah Laa Takti illa Ba'dal Tai'bi~ 
Fainnas Samaa La Tamthuru zahaban Wala Fiddhotan.



 

Ijtihad Wala Tai aas~!

Bittaufiq Wanajah Fiddunia Wal-akhirah,insya Allah.



Saturday, September 19, 2009

Salam Kemaafan

Bismillahirrahmanirrahim.
In the Name Of Allah , The Most Gracious & Most Merciful.

Assalamualaikum w.b.th.

ucapan berjuta kemaafan zahir & batin.

salam aidilfitri 1430H,

Kad Raya Pictures, Images and Photos



Sahabat 

-nik nur ridwana
-sobiroh            
-nur hananni      
-nur kamillya        
-nurul eeman
-rabiatul adawiyah    
- syifaq
-zahratul muna al-hany
-ainun mardhiah     
-adik zawin najah    
- adik shafiqah
- Lembaga Disiplin Pengawas 2009
-classmates 5 Bestari
--> raya + buku +study, lps raya naik sekolah terus exam lg.
Salam Imtihan biittauFiq Wanajah~ x boleh sakan raya thn ni~ 
- classmates Al-Lughatul Al-A'rabiah Al-A'liyyah


Mua'llimin Wa Mua'llimat Yg Mencurahkan Ilmu,
Halalkan Segala ilmu yg Diberi.Semoga Allah SWT
sentiasa memberkati kalian.


Krew Iluvislam.com yg mantap 


-aqila izaty [ u'r the best]
-k.asniza                                         
-k.asmaa                     
-k.nisa                            
-k.aina                          
-k.intan                           
-k.zarina                        
-k.illa
-k.suhana

-k.puteri
-k.fatin
-k.ain
-k.Masyitah
-k.afdhal 
-k.muslihah
          
dan krew-krew lain juga..~
Syukran Ats Ukhwah yg Terjalin,
Ukhwah Fillah Abadan Abada.Ami~~n

Usrati

saudara mara - raya ke-2 insya Allah ke pahang dan perak.

-Umi Wa Abi~
-Kak Long
-Abg Ngah 
-Abg Uda  
-Abd Rahim
-Kakak      
-Abg    
-Kakak Fatimah
-Adik Khairunnisa

Kakak-kakak 

-K.Hidayah @ K.Yuyu-
-Along [ K.Fatimah Mujahid]
-K.Fida Comel
- K.Sapinah
- K.Lina
-K.Hana'
-K.Fatin
-K.Khairun
-K.Fatanah
-K.Rosnaishim
-K.Lina Mursyidah
-K.Basyirah Abd Rahman

Sebab Apa Dilistkan nama-nama?
Sebab  x nk bg lupa.Aasif Jiddan A'la Kulli Haal,ramai lg sebenarnya.
andai ada nama yg x tersenarai, bgtau terus nah~

~Sahabat seperjuangan spm 09~
~ Semua Beraya dgn buku ,Hayya A'lalFalah3x~ 
~Doakan kejayaan kami , mumtaz dunia & Akhirat~
~ Kejayan Diiringi Keredhaan Allah SWT,Insya Allah~





-andai ada yg membaca & mengunjungi blog ini-
-Syukran Kasira Diucapkan-
 
salam kemaafan di hulurkan,
Kullu 'am wa antum bikhair 
Taqabalallahu minna wa minnkum.
Allahuyubarik Fina.
Jazakumullahu Khairal Jaza'.


"dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"
(Surah An-Nuur 24:22)


Wednesday, September 16, 2009

Ramadan Kian Melambai ,Syawal Pula Menjelma.

Bismillahirrahmanirrahim.
In the Name of Allah The Most Gracious & Most Merciful.
Alhamdulillah.
Seinfiniti syukur pd Allah SWT masih di beri nafas utk meneruskan kehidupan.
sekejap shj masa berlalu, trial spm pun Alhamdulillah baru selesai selesa hari tu.
 kini 
Ramadan semakin melambai-lambai ~
Ya Allah..
Adakah kita berpeluang lg bertemu ramadan thn hadapan?
Wallahua'lam..
..................Sedihnya...........
Fasa 1-Rahmah
Fasa 2 -Maghfirah
Fasa 3- Itqun Minannaar

jom sama-sama berdoa agar segala amalan kita di terima Allah SWT sepanjang bulan Ramadan ini.
Barikillahumma Lanaa Fi Syahril Ramadan3x..aminn.

Ramadan,
Engkaulah bulan penghulu segala bulan,
Bulan yang dinantikan oleh semua umat Islam,
Ramadan,
Engkau membuka pintu,
Selawat itu memanggil-manggil daku,
Surau dan masjid meriah seluruh Negara,
Kanak-kanak riang bersuka ria,
Janganlah di marahi mereka,
Walaupun datang tidak di suka,
Inilah masa membimbing mereka.
Ramadan,
Engkau membawa seribu kenangan,
Pahit manis yang pernah aku telan,
Di bulan inilah aku pernah melahirkan,
Anak kedua yang aku rindukan.
Ramadan,
Engkau meniup rasa berbeza,
Tidak sama dengan bulan-bulan lainnya,
Terkenang pada yang hilang,
Walaupun suaranya masih terngiang-ngiang,
Memerintah kami menyiapkan hidangan.
Ya Allah,
Semakin dekat aku padamu,
Inilah bulan paling syahdu,
Manis, rindu, sayu dan pilu,
Ketawa dan air mata berpadu.

Sunday, September 13, 2009

Anak Mak Dah Pandai~!

Bismillahirrahmanirrahim ,
In the name of Allah SWT  the most gracious & most merciful.
Lantaran berkunjung di mana-mana blog sahabat seperjuangan & krew iluvislam.com.
masing-masing berusaha  meningkatkan amalan 10 mlm terakhir utk memperoleh lailatuqadr .iaitu malam yg lebih baik drpd seribu bulan.Thumbs up utk antum! smoga amalan kta semua diterima Allah SWT..insyaAllah..
Slot siang 
Bermula 4.30 pagi td bermula penghidupan semula si dia..Alhamdulillah Syukran Ya Allah.
Selepas sahur , solat dan persiapan diri.
berangkat ke sekolah sempena majlis tadarus quran.
ummi : balik pkul brape nt?
anak  : xtau lg , ustazah kata lps zohor.
anak  :  x pa , nt balik sendiri jah.
ceramah tadarus disampaikan oleh my beloved ustazah ~~!!!
ustazah yg setia mendidik kami mengenal bahasa syurga dgn lbih mendalam.
TAJUK TAZKIRAH : SYAITAN
PENERANGAN       : Surah Al-Baqarah (pandai2 cari nah) dll
*buku khas nota tazkirah tertinggal elok di atas almari make-up bilik tamu.
""pandai betoi anak mak .. dh hebatt sgt ilmu smpai bwk pen tulih kt otak jah..""
aasifff ......
 selesai majlis pukul 12.45 tgh hari.
anak mak balik pukul 5.30 ptg, pandai dh balik lewat..




Slot malam 
kena tinggal lantaran terlalu 'cepat' bersiap..
maka kakak hantar pi kt markaz p*s.


sahabat : awk selalu solat tarawih kt mana?
dia        : kt markaz p*s , kenapa??
sahabat : awk org p*s ke?

dia        : (thinking) ntah la, parti bebas~!^^ tpi ayah mmg la org kuat p*s.
                lgpun kt sini tiap-tiap malam ada tazkirah. 

-----off record----- 


 peristiwa malam penuh barakah
Tempat :Markaz Pas,Tmn Melewar

Tajuk   : MEMPERINGATI PEPERANGAN BADRUL KUBRA
Penceramah:Us Idris Ahmad,Dato Seri Tuan Guru Adbul Hadi Awang ,Us Mat Sabu &

                             SHEIKH MAHMUD SHIAM(bekas imam masjidil aqso)

Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah (kerana kamu sedikit bilangan dan kekurangan alat perang) oleh itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuriNya.
(Ali-Imran:123)


SubhanAllah,byk input yg dpt..walau pak sheikh ckp arab, ada penterjemah.
nsib baik la..kalau xjenuh ha nk paham..tpi Alhamdulillah mmg paham.

 

Konklusi
--> ada sorang budak tuh dh kena tinggal , balik dh la lewat .petang balik lewat , mlm pon sama.

sampai rumah pukul 12.00 malam .plan study tinggal jd plan stado.
nsib baik x banjir satu KL.
sbb air mata x nitis2 , lantaran hatinya  berada dlm situasi yg boleh dikatakan tempat itu selamat.
penuh dgn  muslimin wa muslimat yg wara' blako.

toleh sana toleh sini. dgn hp yg buat hal. Assobru minal iman.
tetapi semua ini ada sebab serta musababnya.
utk sahabat , jaga diri baik-baik apabila keluar.Ingat , minta dlu keizinan ayah dan ibu sebelum keluar.Mulakan langkah dgn basmalah , niat Lillahitaa'la.



Alhamdulillah,
syukran ya Allah ats segala nikmatMU..
syukran pd yg sudi membaca. 

......Ala Bizikrillahi Thomainnul Qulubb.....

Tuesday, September 8, 2009

Hilang ?

Bismillah,




Alhamdulillah  Allah SWT masih memanjangkan umr utk meneruskan perjalanan di dalam bulan Ramadan Al-mubarak, smoga kita bersama merebut 10 malam terakhir, berpeluang bertemu LailatulQadar...ami~~n ya Allah..





sbnrnye mmg nk rehatkan diri dari mngonline..
tpi on sekejap nk cari ilmu tambahan utk recall apa-apa yg x sempat di 
mutolaah @ terlepas pndng utk imtihan esok.
AL-KISAH 
''sy ada berita buruk utk kelas kamu ''
tgh jawak paper chemistry 1 nie,
anak murid : ''apa dia cikgu???'' (penuh persoalan)
cikgu    :  kertas 1 (sejarah)  kelas kamu semua hilang~
cikgu lagi :  dalam 10 kelas sy mengajar , hny kertas kelas kamu 5B sy tak jumpa.
anak murid : baru je nk rilekk2 malam ni cikgu
cikgu : bersedialah kamu semua hadapi ujian lagi berkemungkinan esok kamu buat balik
anak murid yg baik : cikgu, sy masih ada exam sampai jumaat.mula pkul 7.40 pagi sampai balik.
cikgu :  ok semua kalau mcm tu kita exam isnin minggu depan



utk sahabat seperjuangan.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Doakan segalanya berjalan dengan lancar.
 ada hikmah di sebalik kejadian ini.
mana tau markah kami lebih baik @ sebaliknya..Wallahua'alam.
Muhasabah diri kita balik.



Adakah mungkin di antara kita  yg meniru semasa exam?


bersyukurlah antum kerana dikurniakan jarak masa yg panjang utk murajiah balik..si 'dia' yg sedang menulis ni tidak henti-henti exam walau antum dh abis kn..


diredhai Allah itu adalah yg  terbaik drpd  dimurkai Allah SWT,nauzubillahi min zaalik.


Jgn cepat mengeluh & melatah..Allah SWT mengetahui apa yg terbaik utk kita.
 Bersabarlah..Terus istiqomah Bertawakkal dan berdoa pd Allah SWT..
wslm

Sunday, September 6, 2009

Amalan di Bulan Ramadhan Al-Mubarak.


Bismillah,
salam..sedar atau tidak dh masuk pertengahan ramadhan.
Fasa ke-2.
Fasa-Keampunan dri Allah SWT..

"Ya Allah , Ya Tuhan Kami , Ya Rahman Ya Rahim..
Berkat Bulan Yang Mulia Ini,
Ampunilah dosa-dosa kami dan
Terimalah amalan-amalan kami.ami~~n"
semoga kita bersama beroleh maghfirah dari Allah SWT..
insyaAllah..
sedikit perkongsian di bwh~
semoga bermanfaat utk seluruh alam buana..

p/s:  kenapa sy tak boleh buka laman web iluvislam.com ye?
       ada x yg lain2 x boleh buka juga iluvislam.com??

SalamStart - @1hb Ramadhan 1430

Software - Puasa Ramadhan 1430

Format - Munasabah Diri

Reboot - Taubat

Set - Niat

Internet Explorer ( Surf ) - (www.) ALLAH سبحانه وتعالى

Select - Puasa Ramadhan 1430

Google ( Search ) - Lailatul Qadr

eBay ( Shop for ) - Pahala

Update - Iman dan Ilmu

Download - Sabar dan Taqwa

Upload - Ibadat dan Doa

Control - Hawa Nafsu

Alternate - Juadah Iftar

Delete - Dosa

Shift - Yang Baik Kepada Yang Lebih Baik

Copy - Sunnah Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم

( ber ) Yahoo - @1hb Syawal 1430

Save As - Seorang Mukmin dan Muttaqin

Turn Off ( matikan ) Computer - Mati dalam Islam - Sumber


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب