Izinkan diri ini untuk meluahkan kata-kata, Bukan kata-kata kesat, Bukan kata sindirian, Bukan kata kosong.
Perkara ini nampak seperti hal yang remeh, tetapi bagi ana ini merupakan sesuatu yang amat mendalam dan agak menikam kalbu.. Apabila diutarakan mengenai tudung labuh, walaupun bukan tudung bulat pun, apabila tudung itu sudah lebih besar daripada orang lain, pastinya persepsi masyarakat akan turut berubah seiring dengan perubahan tudung tersebut.
Mengapa persoalan ini diutarakan? Apa selalunya yang terlintas dalam diri masing-masing apabila melihat seorang perempuan memakai baju kurung berserta dengan tudung yang lebih labuh daripada perempuan-perempuan yang lain? Pastinya tanggapan pertama ialah; perempuan ini perempuan yang baik, perempuan yang sopan, perempuan yang tahu menjaga adab dirinya.
Namun adakah kita sedar, dalam majoriti kaum wanita yang dikatakan bertudung labuh yang nampaknya sopan itu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka ini yang sebenarnya sedang menconteng arang ke muka wanita-wanita yang lain.
Mengapa ana berkata begini? Tentu saja anda semua pernah dengar perkataan ini, “Alah tak payahlah nak poyo-poyo pakai tudung labuh. Ingat semua orang yang tudung labuh ni baik sangat ke? Kadang-kadang yang tudung labuh ni lagi teruk daripada tudung kecil!” pasti pernahkan? Bagi yang baru pertama kali mendengarnya, pasti hati berasa panas sahaja mendengar perkataan sebegitu yang diluahkan. Namun, itulah hakikat.
Kebanyakkan wanita sekarang ini, maaf untuk menegur, tidak berakhlak seperti yang tertera pada pakaiannya yang labuh. Berdating sana sini, bermesejan lelaki itu ini, berhuha-huha dengan lelaki ajnabi, berkoling-koling, berkapelan islamik kononnya, cakap buang masa, menggedik sana sini(maaf kalau ada yang terasa) dan banyak lagi yang mana akhlak tersebut langsung tidak kena pada imej wanita muslimah yang ditonjolkan.
Apabila orang kata tudung labuh pun sama teruk juga, cepat saja naik darah. Sedangkan siapa yang menyebabkan orang lain berfikiran seperti itu? Apabila timbul masalah seperti ini, pastinya orang lain yang mahu bertudung labuh terbantut niatnya melihatkan akhlak wanita bertudung labuh yang lain ini. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Akhirnya timbullah perkataan seperti, “ Aku tak pakai tudung labuh pun, free hair je kot, tapi aku tak adalah macam si polan tudung labuh tu. Harap tudung tu je yang besar, akhlak tak besar pun,”
Ya, memang diakui,yang bertudung labuh juga adalah manusia biasa yang punya keinginan. Tapi bukankah elok jika cara pemakaian kita seiring dengan tudung yang dipakai? Tutup aurat itu merupakan satu kewajipan,menjaga akhlak juga satu kewajipan bagi kita. Mengapa hanya diambil satu perkara sahaja, dan ditinggalkan satu perkara lagi?
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Firman Allah lagi yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Ahzab, ayat 59).
~Islah Nafsak ,Wad'u Ghairak~
Buang yg keruh ambil yang jernih.
3 comments:
Salam,..
mungkin ana blh dikategorikn dlm golongan yang dikatakan tadi,.
masih blm sempurna iman ana,.ana memakai tdung lbuh dr yg lain,.tp ana ke kelas menumpang kereta tmn kls ana yang lelaki,.ana masih buat panggilan tertentu bila memerlukan khidmat bantuan dari golongan ini,. ada urusan yg melibatkan 2 gender ini dlm hidup ana,.walaupun bkn yg peribadi..insyaallah akan dikurangkan bagi menjaga hati byk pihak.
Blh ker??
ana msh bersama mereka,dlm pelbagai urusan..malah kalo sakit pun mereka jua yang hantar ke klinik.mcmn ni.
hati ana tak terbit pun rase apa2 pada mrk krn mrk masing2 dah berpunya dan ana pulak pernah terfikir pun ke situ...huhu.mcm mn..
salam,
sblum sy memberikan sbrg komen.
sy mohon maaf jika ada slh silap dlm bicara~
jom kta renungkan hadis ini,
"Takutlah kamu kepada wanita, kerana fitnah yang paling besar menimpa Bani Israel adalah kaum wanita..." (Mutafaq 'alaih)
jelas menunjukkan bhwa wanita itu boleh mengundang kpd fitnah yg sgt brbhya.
Dalam kes ukhti,
ana faham mugkin ukhti selesa brsma kwn lelaki ukhti trsbut.
Tapi ingatlah , selagi kita tiada ikatan sah dgn mreka slgi itulah kta tak boleh menjalinkan apa2 hubungan kerana Fitnah boleh timbul tak kira benda yg kta buat tu baik @ tidak sbb org yg hdup di sekililing kta sntiasa memrhatikan kita terutamanya kita seorang yg bertudung labuh~
Ana rasa sebaiknya ukhti berdampinglah @ carilah kwn muslimah,
kalau ukhti ada apa2 masalah, ukhti kena rujuk dulu rkn2 muslimah ukhti, jika tiada jln penyelesaian.
Barulah rjuk kpd kwn llaki ukhti.
semoga dgn kdtgn tahun baru ini,
kita menjadi lebih baik dri sebelumnya.Ambillah iktibar dr peristiwa yg lepas.Yg baik dijdikan teladan, yg buruk di jdikan sempadan..
"Sirami jiwamu dengan titis haruman iman, maka terpeliharalah dirimu dari fitnah dunia semata. Semaikan akhlaqmu dengan benih mahmudah, menjadikan dirimu disenangi segala makhluq dan juga Al-Khaliq."
Wallahua'alam.
Maaf sekli lagi andai solusi ini
tidak dpt m'bantu ukhti.
May Allah bless you=)
insyaAllah.
Post a Comment