Monday, February 1, 2010

Tukar dan Tukar

Assalamualaikum w.b.th.
Salam ceria seindah suria di pagi hari (walau pun malam, =)

Saja untuk mengupas topik yang 'entah apa-apa'. aish , macam mana lah saya nak jadi orang yang berguna jika membuka topik tak memberi manfaat.Jadi harapan saya, tinggalkan saja entry ni / tak perlu membacanya kerana ia macam 'entah apa-apa'.

Tukar dan tukar

Apa yang tukar -tukar ni?
Ini disebabkan blog saya bagi yang perasan saya suka menukar layout.

Sebab apa?
Kerana saya suka melakukan perubahan jika ia tampak bosan untuk saya.
Jadi, saya suka lah tukar dan tukar layout blog.Dan akhirnya saya  memilih layout yang lebih simple macam sekarang berkemungkinan akan diubah juga.insya Allah.

Tiba-tiba... 
Ada orang kata , result spm  2009 lagi sebulan setengah nk keluar.
Ada orang kata, 13/3.
Ada orang kata, hujung bulan februari ini.
Mana satu yang betul ni? Untuk dapatkan berita sohih baik kita sabar menunggu pengumuman dari pihak kementerian pelajaran, kan mudah tu cuma bersabar.
Pasti semua berdebar-debar bukan? ( termasuklah saya macam-macam perasaan ada :_: )
Maka, Tawakkal A'lallah + Doa kpdNYA. hanya Allah tempat kita bergantung dan berharap.
Semoga kita beroleh kejayaan dunia dan akhirat.Ameen ya Allah3x.

Bagaimana pula iman kita(kaitan dengan tajuk utama) ?
Sebagai seorang yang bernama manusia, sedar atau tidak iman kita sentiasa tukar dan tukar kan?
(ditujukan kepada penulis terutamanya)
Iman manusia ---> berkurang dan bertambah.
Jadi pilih mana satu , nk bertambah ke berkurang?
Pasti semua akan jawab , saya nak  IMAN BERTAMBAH.Mari kita tukar Iman dari berkurang kepada bertambah. Jom kita update Iman,berusahalah kerana Allah SWT~!insyaAllah.
May Allah bless all of us.

**-Hadis Fi Hazihil Yaum-Hadis Hari Ini-Hadith for Today**
Min Kitabi - Tarbiyyah Syariah Islamiah(5) 

 
Daripada Abi Sa'id Al-khadri r.a , dari Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Hindarilah daripada duduk di tepi jalan.Para sahabat berkata: Wahai Rasulullah! Kami tidak boleh menghindarkannya kerana kami duduk berbincang-bincang di sana iaitu ditepi jalan.
Rasulullah bersabda : Sekiranya kamu ingin duduk juga , maka berikanlah jalan itu haq-haqnya.
Para sahabat bertanya: Apakah Haqnya? Rasulullah menjawab: Mencegah dari melihat sesuatu yang dilarang,menghindarkan perkara-perkara yang menyakiti,menjawab salam serta membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



”Tiga perkara menyebabkan terasa kemanisan iman,Allah dan Rasul-nya hendaklah dicintai lebih daripada yang lain,mencintai manusia kerana Allah semata-mata dan benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana bencinya seseorang jika dicampakkan ke dalam api neraka”(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2 comments:

Azila said...

mesti bedebar-debar tunggu result..:)
insyaAllah najah mesti dpt excellent.

nice, kaitkan tajuk ngn iman.

slave &caliph of Allah SWT said...

a'ah akk,
bkn berdebar-debar je,
macam-macam ada.hehe~

insyaAllah..
amin ya Rabbal A'lamin3x.

syukran akk,
Jazakillahi khairal jaza'