Friday, February 19, 2010

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.th.

Salam Jumua'h yang penuh barakah~
Alhamdulillah,
Pada minggu lepas saya mennyertai konvoi ipt tour iluvislam.com.
hanya dua hari sahaja saya menyertainya.
Tak macam cik aqila , sekali 4 hari dia sapu penuh.
Jadi sesiapa yang ingin mengetahui kisah mengenai ipt tour iluvislam.com, boleh mengikuti di iluvislam.com dan blog aqila aka aishasoleha
Panjang lebar dah dia cerita pasal ipt tour tersebut.Bersyukur pada ilahi , terasa seperti gathering usrah pun ada kerana kami (saya,aqila dan aqlily) terutama aqila dah lama tak jumpa.Usrah pada minggu lepas terpaksa dibatalkan berikutan naqibah usrah saya pulang ke kampungya. Minggu ini pula ada usrah, tetapi saya pula tidak  dapat hadir kerana saya berada di pahang sekarang.
Sangat sangat banyak diriku terlepas program ilmiah pada minggu ini.
Bila direnungkan kembali, pasti ada hikmah di sebalik kejadian yang telah Allah tetapkan ini.


Sharing is Caring
Sesi brainwash otak ini dengan clorox.^^
Bila ditanya tentang matlamat pasti mudah orang menyatakannya.tetapi untuk melakukan/mencapai ke arah matlamat itu pasti ada saja cabarannya bukan.
Jadi , sesi sharing kali ini dari sahabat saya aqlily pada khamis lepas.kerja-kerja dakwah memang memerlukan JIHAD.
Jadi, apa yang kita faham tentang jihad?Takrifan jihad itu pelbagai.
Jihad -Semangat dan Iman.

Semangat Yang Bagus,Iman macam mana?
Pernah terfikir tak? Selalu sangat join program itu ini..mula-mula lepas program mesti bersemangat berkobar-kobar.Tapi selepas  sebulan berlalu.Mulalah peratusan Iman itu menurun.
"Standard la kan, nama pun manusia" selalu orang berkata begitu.
Ingat, Surah Al-asr beri kita peringatan!Sila rujuk Al-quran.




 



Malik bin Dinar: "Sesungguhnya orang alim itu apabila tidak beramal dengan ilmunya, nasihatnya akan tergelincir-gelincir dari hati pendengarnya sebagaimana tergelincirnya titisan embun dari batu yang licin."

No comments: