Bismillahirrahmanirrahim,Assalamualaikum w.b.th.
Isk..isk..isk- ini bukanlah rungutan mahupun keluhan tetapi INI SEJARAH KITA..
Manusia itu seperti logam.
Daripada Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda (maksudnya):
'Manusia itu seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyah, terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham'
Kunci kata terpenting di sini adalah
FAHAM. Manusia itu, sekiranya semasa jahiliyah dia sangat hebat, maka sekiranya dia Islam, maka dia juga akan menjadi Muslim yang terbilang, tetapi syaratnya dia haruslah
FAHAM. Sebagai contoh, Khalid Al-Walid sebelum Islam adalah seorang panglima tentera yang sangat hebat, malah dengan kecerdikan serta ketangkasannya, hampir2 dapat melumpuhkan pasukan tentera Muslimin dalam Perang Uhud. Namun, setelah beliau Islam, dan dikurniakan Allah
FAHAM yang sebenarnya, tidak ada satu peperangan dalam Islam yang diketuainya, melainkan semuanya menemui kejayaan dan kegemilangan.
Kebaikan sebenar = FAHAM AD-DEEN
Daripada Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda (maksudnya):
'Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Deen'
Jelas dalam hadith ini,
KEBAIKAN yang disangka manusia berupa harta benda, anak pinak atau gulungan ijazah serta pangkat dan kedudukan, bukanlah
KEBAIKAN sebenarnya.
KEBAIKAN sebenarnya, yang Allah muliakan manusia dengannya ialah
KEFAHAMAN akan
AD-DEEN (cara hidup).
Apakah itu
AD-DEEN bagi kita yang bergelar Muslim? Itulah cara hidup
ISLAM yang digariskan melalui Quran dan Sunnah RasulNya.
-Faquhu- Faham ISLAM (AD-DEEN) vs -Faqihu- faham HUKUM FIQH (sahaja)
Yang dituntut kepada setiap Muslim adalah memahami Islam itu sendiri, gambarannya (tasawwur) dan aplikasinya pada seluruh aspek kehidupan, bukannya kefahaman mendalam dalam Hukum Fiqh tanpa aplikasi yang benar kepada kehidupan. Buktinya, mereka yang memahami Islam akan meng
AMALkan semua aspek Islam, tetapi yang tidak memahaminya, boleh jadi pandai berhujah dalam hukum-hukum Fiqh atau cabang-cabang Ilmu Islam, tetapi kehidupannya tidak berdasarkan Islam seluruhnya. Sebab tu tak pelik kenapa graduasi aliran lain (selain agama) kadang-kadang lebih FAHAM Islam daripada graduasi aliran agama sendiri (fakta yang pahit).
Seperti contoh: Sumayyah R.A yang merupakan syuhadah pertama dijanjikan syurga bersama suaminya adalah orang yang memahami Islam (Ad-Deen) secara keseluruhannya sehingga sanggup mati kerana Islam. Sumayyah tidak sempat mengamalkan solat 5 waktu, berpuasa, haji dan sebagainya, tetapi ketinggiaan Imannya melebihi umat hari ini yang menunaikan semua ibadah2 ini...Kerana apa?Kerana Sumayyah memiliki
'Faquhu fi Deen' @
FAHAM akan Islam yang sebenarnya.
Faham dengan HATI atau AKAL?
Surah Al-A'raf: 179, Allah berfirman yang bermaksud:
'Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai (hati) tetapi tidak mahu memahami dengannya (ayat2 Allah)....'
Jadi, untuk faham Pharmacology atau Anatomy kita gunakan akal, tapi jangan tersilap cuba memahami Islam dengan akal...kerana Islam ini yang berlandaskan Al-Quran, hanya bisa difahami sebenar-benarnya dengan
HATI..
Kena faham apa untuk faham Islam Ad-Deen?
Iaitu kenalah memahami
2 tujuan hidup (atau kenapa kita diciptakan di dunia ni):
1)
Untuk beribadah kepada Allah (Surah Az-Dzariyat: 56)
'Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaKu....'
2)
Sebagai khalifah Allah (Surah Al-Baqarah: 30)
'Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi...'
Nanti dulu, belum boleh ke mana-mana selagi tak kenal 2 perkara lagi:
1)
Siapa KITA?
Terpulang pada definisi masing-masing, kalau kita katakan kita pelajar, maka dapat difahami kehidupan adalah:
tadika --> sekolah rendah --> sekolah menengah --> University. Tamat.
(macam sangat singkat sahaja hidup kita?)
Tapi, kalau kita katakan kita
MUSLIM, kehidupan kita bersambung terus dengan TUHAN yang menciptakan kita dan daripada penciptaan manusia pertama, Nabi Adam A.S. dan akan berterusan sehinggalah kepada destinasi akhir kita iaitu di Hari Akhirat..
2)
Apa SEJARAH KITA?Sejarah, atau kronologi kehidupan, boleh juga didefinisikan sebagai sesuatu yang telah berlalu dan juga ketetapan Allah (Sunnatullah).
'Sunnatullah (ketetapan Allah) telah berlaku sejak dahulu lagi dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bg cara dan peraturan Allah itu' (Surah Al-Fath: 23)
Bak kata orang 'Sejarah mungkin berulang'...sememangnya itu benar, sekiranya kita benar-benar mengkaji sejarah, tidak mustahil untuk kita mengulangi sejarah, kerana Allah S.W.T telah menggariskan ketetapan dan juga pengajaran2 dalam kronologi kehidupan manusia sejak dahulu lagi, supaya manusia belajar dari sejarah dan juga kesilapan yang telah berlalu....
Wallaua'lam.
Sumber : Di Sini