Sunday, February 28, 2010

  • Bismillah,Assalamualaikum W.B.t,bagaimanakah iman kita pada hari ni?yanqus au yazid??
Al Iman….
“al imanu yazid wa yanqus”
yazidu bi at to’at wa yanqus bil ma’siyat.

Ya muqalibal-qulub,thabit qulubana a’la deenik,wa a’la to’atik
wa a’la jihadi fi sabilik…aamiiin…

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ??mcm baru blajar membaca ja(ayuh kte kembali ke zaman tadika..~ sedaqlah kta dh
tua..*_*sebenarnya, dr huruf2 tuh kte bleh ambil renungan dgn ayat-ayat di bawah ini^^,)


A : Adil pada dirimu B : Beranikan dirimu C : Cekalkan hatimu D : Derma selalu E : Elakkan pertelingkahan sesama kite F : Fikir sebelum bertindak terburu2 G : Gembira selalu H : hormat orang tua I : Ingat akan ALLAH SWT! :)
J : Jangan berdusta K : Kasih akan daku L : Lemah lembut amalan semua M : Makan makanan seimbang N : Nafsu jangan dituruti
O : Oh ! pamerkan kesempurnaan dirimu P : Pentingkan kesihatanmu Q : Qualiti dalam kerjaya dan tugasmu R : Rajin berusaha T : Tanamkan sifat bekerjasama U : Utamakan alam sekitar V : Variasikan pengalamanmu W : Wajibkan amalan membaca Al-Quran
X : X-ray diri sendiri Y : Yakin pada diri sendiri Z : Zalim jangan sekali

syukran ,ainun mardhiah..sokmo dok hantar kata2 hikmah kt ym..:)


  • Happy?? Say: Alhamdulillah, thank you Allah , thank you Allah~
  • p/s: post nie xdak pa pon,aasiff ~sapa rajin mai la baca..bercolour2 ckit,cerah mata ~ :)
  • ari nie sy agkk gembira di sebabkan, syy dh dpt anak buah baru~~ Alhamdulillah~wee~~ lama sy menunggu ketibaanya ke dunia, dia selamat lahir ari ni.. nama die dop tahu lagi~~ kaba2 nye , Alia kot..pastu ada sambung2anya, Alia Najah~bru sedap skit..moga menjadi anak solehah(^^,)





"Semua anak yang dilahirkan ke dunia ini dalam
keadaan yang suci bersih. Maka kesalahan
ibubapalah menjadikan mereka yahudi, nasrani atau
majusi."
(sy msih ingat lg di saat buat insyak bat psl tanggungjwb ibu bapa utk penutup,terkial-kial buat
hadis nih..:))




  • kakak fatimah pula akn balik esok dari pahang setelah lama mnjdi babysitter kt rmah kak long, dia ade program..dia sntiasa sibuk 24 jam..
  • cuti pon dh nk dekat(mst smua seronok nk dgr perkataan C tuh kan) ape2 pon, spm makin dekat..~_~ kne result excellent nk msuk U..usaha +pulun abis2..amalan2 pun kne brtmbah!!istiqomah is must,biiznillah..pas nie naik cuti , kte nk mulakan countdown dh..
  • sy msih buntu lg~Darul Quran??(syy teringin sgt nk jd hafizatul Quran>adakah sy mampu?? ape2 doakan yg terbaikk buat smua.. strive for spm & Mardhotillah ~insyaAllah..
  • will busy with extra classes (sat,mon till wed,SPM punya pasaii kne berkorban jgak walo ramai dh loncat2 g oliday~~)!! and last butt not least my new family,so much exciteD~dont forget to say ,Alhamdulillah wa Syukurillah..=)


************************************************************************************************************************************


salam,especially to k.shim(tulih besaq nih)..
ni najah post utk k.shim ~ njh ada selit gambaq masa abg njh kahwin yg upin dan ipin nuh..n_N
meh nk cta ckit,
masa kenduri ipin hari tu, cik ton , kak noi mai, kak lg stu tuh nama dia lupa..isteri abg man kot x silap.. ape2 pon, najah x lupa kn k.shim ..wlau dh lama x contact~ njh nk mintak maaf byk2 kt k.shim kalau ada slah silap,terkasaq bhasa tau~ air yg di cincang x kan putus kan,,insyaAllah.. hidupp
ank mami jarumm..hehe~
k. see u when i see u, Biiznillah,may Allah bless u sis..
-- kenang daku dlm doamu -- =)
p/s: teringin nk jumpa uwais fathy yg comei mcm mama dia..~^__^





Thursday, February 25, 2010

Hari Yang Teristimewa Untukmu~!

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah,Alhamdulillah, Alhamdulillah..
Sudah masuk 12 RabiulAwwal 1431H pada hari ini.
Haa , cepat teka wahai bijak pandai.Ada apa pada tarikh tersebut?Hari yang terrr sangat sangat sangat Istimewa~!:)
Jatuhnya 12 rabiulawwal tahun ini pada hari jumaat, sayyidul ayyam.
SubhanAllah, hari yang penuh barakah.Jom, jangan lepaskan peluang ini dengan mengucapkan selawat ke atas Habibullah iaitu Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT :"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) ( 33:21)"

Sanah Helwah, Ya Rasulullah..Ya Habibullah..^^

(The Chosen One-Maher Zain)

In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
محمد يا رسول الله

You were so caring and kind
your soul was full of light
You are the best of mankind
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
محمد يا رسول الله

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by non
You are Allah Chosen One
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One


I'll try to follow your way
And do my best to live my life
as you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me


صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One


صلّوا على رسول الله
Oh
Peace be upon.. Oh
The Chosen One 

Anda Sayang Rasulullah SAW?
Klik ,Klik Di sini~!

Friday, February 19, 2010

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.th.

Salam Jumua'h yang penuh barakah~
Alhamdulillah,
Pada minggu lepas saya mennyertai konvoi ipt tour iluvislam.com.
hanya dua hari sahaja saya menyertainya.
Tak macam cik aqila , sekali 4 hari dia sapu penuh.
Jadi sesiapa yang ingin mengetahui kisah mengenai ipt tour iluvislam.com, boleh mengikuti di iluvislam.com dan blog aqila aka aishasoleha
Panjang lebar dah dia cerita pasal ipt tour tersebut.Bersyukur pada ilahi , terasa seperti gathering usrah pun ada kerana kami (saya,aqila dan aqlily) terutama aqila dah lama tak jumpa.Usrah pada minggu lepas terpaksa dibatalkan berikutan naqibah usrah saya pulang ke kampungya. Minggu ini pula ada usrah, tetapi saya pula tidak  dapat hadir kerana saya berada di pahang sekarang.
Sangat sangat banyak diriku terlepas program ilmiah pada minggu ini.
Bila direnungkan kembali, pasti ada hikmah di sebalik kejadian yang telah Allah tetapkan ini.


Sharing is Caring
Sesi brainwash otak ini dengan clorox.^^
Bila ditanya tentang matlamat pasti mudah orang menyatakannya.tetapi untuk melakukan/mencapai ke arah matlamat itu pasti ada saja cabarannya bukan.
Jadi , sesi sharing kali ini dari sahabat saya aqlily pada khamis lepas.kerja-kerja dakwah memang memerlukan JIHAD.
Jadi, apa yang kita faham tentang jihad?Takrifan jihad itu pelbagai.
Jihad -Semangat dan Iman.

Semangat Yang Bagus,Iman macam mana?
Pernah terfikir tak? Selalu sangat join program itu ini..mula-mula lepas program mesti bersemangat berkobar-kobar.Tapi selepas  sebulan berlalu.Mulalah peratusan Iman itu menurun.
"Standard la kan, nama pun manusia" selalu orang berkata begitu.
Ingat, Surah Al-asr beri kita peringatan!Sila rujuk Al-quran.




 



Malik bin Dinar: "Sesungguhnya orang alim itu apabila tidak beramal dengan ilmunya, nasihatnya akan tergelincir-gelincir dari hati pendengarnya sebagaimana tergelincirnya titisan embun dari batu yang licin."

Monday, February 15, 2010

Isk..isk..isk

Bismillahirrahmanirrahim,Assalamualaikum w.b.th.

Isk..isk..isk- ini bukanlah rungutan mahupun keluhan tetapi  INI SEJARAH KITA..

Manusia itu seperti logam.

Daripada Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda (maksudnya):
'Manusia itu seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyah, terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham'

Kunci kata terpenting di sini adalah FAHAM. Manusia itu, sekiranya semasa jahiliyah dia sangat hebat, maka sekiranya dia Islam, maka dia juga akan menjadi Muslim yang terbilang, tetapi syaratnya dia haruslah FAHAM. Sebagai contoh, Khalid Al-Walid sebelum Islam adalah seorang panglima tentera yang sangat hebat, malah dengan kecerdikan serta ketangkasannya, hampir2 dapat melumpuhkan pasukan tentera Muslimin dalam Perang Uhud. Namun, setelah beliau Islam, dan dikurniakan Allah FAHAM yang sebenarnya, tidak ada satu peperangan dalam Islam yang diketuainya, melainkan semuanya menemui kejayaan dan kegemilangan.

Kebaikan sebenar = FAHAM AD-DEEN

Daripada Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda (maksudnya):
'Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Deen'
 
Jelas dalam hadith ini, KEBAIKAN yang disangka manusia berupa harta benda, anak pinak atau gulungan ijazah serta pangkat dan kedudukan, bukanlah KEBAIKAN sebenarnya. KEBAIKAN sebenarnya, yang Allah muliakan manusia dengannya ialah KEFAHAMAN akan AD-DEEN (cara hidup).

Apakah itu AD-DEEN bagi kita yang bergelar Muslim? Itulah cara hidup ISLAM yang digariskan melalui Quran dan Sunnah RasulNya.

-Faquhu- Faham ISLAM (AD-DEEN) vs -Faqihu- faham HUKUM FIQH (sahaja)

Yang dituntut kepada setiap Muslim adalah memahami Islam itu sendiri, gambarannya (tasawwur) dan aplikasinya pada seluruh aspek kehidupan, bukannya kefahaman mendalam dalam Hukum Fiqh tanpa aplikasi yang benar kepada kehidupan. Buktinya, mereka yang memahami Islam akan mengAMALkan semua aspek Islam, tetapi yang tidak memahaminya, boleh jadi pandai berhujah dalam hukum-hukum Fiqh atau cabang-cabang Ilmu Islam, tetapi kehidupannya tidak berdasarkan Islam seluruhnya. Sebab tu tak pelik kenapa graduasi aliran lain (selain agama) kadang-kadang lebih FAHAM Islam daripada graduasi aliran agama sendiri (fakta yang pahit).

Seperti contoh: Sumayyah R.A yang merupakan syuhadah pertama dijanjikan syurga bersama suaminya adalah orang yang memahami Islam (Ad-Deen) secara keseluruhannya sehingga sanggup mati kerana Islam. Sumayyah tidak sempat mengamalkan solat 5 waktu, berpuasa, haji dan sebagainya, tetapi ketinggiaan Imannya melebihi umat hari ini yang menunaikan semua ibadah2 ini...Kerana apa?Kerana Sumayyah memiliki 'Faquhu fi Deen' @ FAHAM akan Islam yang sebenarnya.

Faham dengan HATI atau AKAL?

Surah Al-A'raf: 179, Allah berfirman yang bermaksud:
'Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai (hati) tetapi tidak mahu memahami dengannya (ayat2 Allah)....'

Jadi, untuk faham Pharmacology atau Anatomy kita gunakan akal, tapi jangan tersilap cuba memahami Islam dengan akal...kerana Islam ini yang berlandaskan Al-Quran, hanya bisa difahami sebenar-benarnya dengan HATI..

Kena faham apa untuk faham Islam Ad-Deen?

Iaitu kenalah memahami 2 tujuan hidup (atau kenapa kita diciptakan di dunia ni):

1) Untuk beribadah kepada Allah (Surah Az-Dzariyat: 56)
'Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaKu....'

2) Sebagai khalifah Allah (Surah Al-Baqarah: 30)
'Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi...'
So sekarang dah tahu tujuan, NAK KE MANA?

 
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Nanti dulu, belum boleh ke mana-mana selagi tak kenal 2 perkara lagi:

1) Siapa KITA?
Terpulang pada definisi masing-masing, kalau kita katakan kita pelajar, maka dapat difahami kehidupan adalah:
tadika --> sekolah rendah --> sekolah menengah --> University. Tamat.
(macam sangat singkat sahaja hidup kita?)

Tapi, kalau kita katakan kita MUSLIM, kehidupan kita bersambung terus dengan TUHAN yang menciptakan kita dan daripada penciptaan manusia pertama, Nabi Adam A.S. dan akan berterusan sehinggalah kepada destinasi akhir kita iaitu di Hari Akhirat..

2) Apa SEJARAH KITA?Sejarah, atau kronologi kehidupan, boleh juga didefinisikan sebagai sesuatu yang telah berlalu dan juga ketetapan Allah (Sunnatullah).

'Sunnatullah (ketetapan Allah) telah berlaku sejak dahulu lagi dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bg cara dan peraturan Allah itu' (Surah Al-Fath: 23)

Bak kata orang 'Sejarah mungkin berulang'...sememangnya itu benar, sekiranya kita benar-benar mengkaji sejarah, tidak mustahil untuk kita mengulangi sejarah, kerana Allah S.W.T telah menggariskan ketetapan dan juga pengajaran2 dalam kronologi kehidupan manusia sejak dahulu lagi, supaya manusia belajar dari sejarah dan juga kesilapan yang telah berlalu....
Wallaua'lam.
Sumber  : Di Sini

Monday, February 8, 2010

Sejarah, Sejarah,Sejarah?

Assalamualaikum w.b.th,
Kaifa halukum?
Kaifa imanukum? Moga bertambah dengan jayanya ya..insyaAllah^^
Siapa pun anda yang membaca  dan menjejakkan kaki di blog ini.
Semoga semua sihat di bawah inayah dan kasih sayang Allah SWT.

Sejarah,sejarah,sejarah?
Sesetengah orang mungkin akan terkulai apabila saja disebut sejarah. dan rata-rata ketika diwaktu sekolah dahulu ramai melabelkan sejarah sebagai subjek yang membosankan.

"Alaaa, sejarah cerita pasal orang  yang dah mati , maka suasana belajar pun suram la"
Terngiang sewaktu cikgu sejarah saya memberi sedikit teguran  melihat pelajar-pelajarnya lemah longlai sewaktu subjek sejarah.
" Dengan sejarahlah kita jadikan iktibar supaya kesilapan yang lalu dapat diperbaiki"

Untuk saya , sejarah adalah 50-50..kerana apa? kerana saya tidaklah begitu anti-sejarah dan tidak pula meminati sejarah.Tapi.... sekarang semua sudah berubah.macam iklan di tv , "dunia dah berubah,zaman dh maju"

Ini Sejarah Kita.
Apakah ini?
untuk tidak mengulas lebih panjang.saya akan update  entry yang terbaru..
fi Amanillah.

*doakan supaya perjalanan kita di bumi ini diredhai Allah SWT,amin~
sehingga berjumpa
lagi dgn keizinanNYA.~

Friday, February 5, 2010

Pesan Terakhir


Bismillah Pictures, Images and Photos

Pesan Terakhir (Sajak oleh Syed Qutb)

Sahabat…
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakanlah obor untuk umat ini

Dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan
Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan

Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana

Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.
  Sayyid Qutub-1966


Firman Allah SWT:
3

Maksudnya: ”Dan jangan sekali-kali kamu menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Dan juga mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan orang-orang yang masih tinggal di belakang mereka bahawa mereka tiada rasa takut dan tidak pula menanggung dukacita”. (Ali-Imran(3): 169-170)

Monday, February 1, 2010

Tukar dan Tukar

Assalamualaikum w.b.th.
Salam ceria seindah suria di pagi hari (walau pun malam, =)

Saja untuk mengupas topik yang 'entah apa-apa'. aish , macam mana lah saya nak jadi orang yang berguna jika membuka topik tak memberi manfaat.Jadi harapan saya, tinggalkan saja entry ni / tak perlu membacanya kerana ia macam 'entah apa-apa'.

Tukar dan tukar

Apa yang tukar -tukar ni?
Ini disebabkan blog saya bagi yang perasan saya suka menukar layout.

Sebab apa?
Kerana saya suka melakukan perubahan jika ia tampak bosan untuk saya.
Jadi, saya suka lah tukar dan tukar layout blog.Dan akhirnya saya  memilih layout yang lebih simple macam sekarang berkemungkinan akan diubah juga.insya Allah.

Tiba-tiba... 
Ada orang kata , result spm  2009 lagi sebulan setengah nk keluar.
Ada orang kata, 13/3.
Ada orang kata, hujung bulan februari ini.
Mana satu yang betul ni? Untuk dapatkan berita sohih baik kita sabar menunggu pengumuman dari pihak kementerian pelajaran, kan mudah tu cuma bersabar.
Pasti semua berdebar-debar bukan? ( termasuklah saya macam-macam perasaan ada :_: )
Maka, Tawakkal A'lallah + Doa kpdNYA. hanya Allah tempat kita bergantung dan berharap.
Semoga kita beroleh kejayaan dunia dan akhirat.Ameen ya Allah3x.

Bagaimana pula iman kita(kaitan dengan tajuk utama) ?
Sebagai seorang yang bernama manusia, sedar atau tidak iman kita sentiasa tukar dan tukar kan?
(ditujukan kepada penulis terutamanya)
Iman manusia ---> berkurang dan bertambah.
Jadi pilih mana satu , nk bertambah ke berkurang?
Pasti semua akan jawab , saya nak  IMAN BERTAMBAH.Mari kita tukar Iman dari berkurang kepada bertambah. Jom kita update Iman,berusahalah kerana Allah SWT~!insyaAllah.
May Allah bless all of us.

**-Hadis Fi Hazihil Yaum-Hadis Hari Ini-Hadith for Today**
Min Kitabi - Tarbiyyah Syariah Islamiah(5) 

 
Daripada Abi Sa'id Al-khadri r.a , dari Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Hindarilah daripada duduk di tepi jalan.Para sahabat berkata: Wahai Rasulullah! Kami tidak boleh menghindarkannya kerana kami duduk berbincang-bincang di sana iaitu ditepi jalan.
Rasulullah bersabda : Sekiranya kamu ingin duduk juga , maka berikanlah jalan itu haq-haqnya.
Para sahabat bertanya: Apakah Haqnya? Rasulullah menjawab: Mencegah dari melihat sesuatu yang dilarang,menghindarkan perkara-perkara yang menyakiti,menjawab salam serta membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



”Tiga perkara menyebabkan terasa kemanisan iman,Allah dan Rasul-nya hendaklah dicintai lebih daripada yang lain,mencintai manusia kerana Allah semata-mata dan benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana bencinya seseorang jika dicampakkan ke dalam api neraka”(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)