Thursday, December 2, 2010

Apa Nak Buat ?

Bismillahirrahmanirrahim,
Memandangkan sekarang musim cuti persekolahan, saya teringat pesanan terakhir pengetua yang menggelarkan dirinya bonda,perhimpunan terakhir sekolah memakan masa 3 jam setengah. Tempoh yang sangat lama, Alhamdulillah banyak sangat kata-kata nasihat terakhir daripada pentadbir sekolah untuk tahun ini. Memandangkan kali ni perhimpunan terakhir, tak banyak pelajar yang berkeliaran kt luar, Jadi dari mula perhimpunan hingga akhir dapatlah duduk mendengar amanat-amanat guru. Bila bonda dah mula bertanya, masing-masing sibuk membelek nota. Kena cakap balik apa yang telah disampaikan oleh guru-guru sebelum bonda berucap. Bonda berkata : " Apa nak buat waktu cuti ? "
  • Berbakti pada Ibubapa
  • Jaga ibadah
  • Jadualkan masa ulangkaji pelajaran
  • Melengkapkan nota
  • Pergi tuisyen 
Bonda juga berpesan : " Persiapkan diri untuk jadi  Pelajar Cemerlang "
  • Memahami sekolah ( patuh peraturan sekolah)
  • Target
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah..=)
Bushra min ustazah Marzilah.. InshaAllah, tahun depan usrah tiap-tiap minggu~
Moga setiap perubahan yang dilakukan diberkati Allah SWT.
Barakallahu Fikum..




Wednesday, December 1, 2010

Jalanku..

Salam,Kaifa halukum wa imanukum?

Kalau pergi mana mana mesti orang akan tanya,

 " Belajar kt mana sekarang , ambil bidang apa.......dll ?"

 Alhamdulillah, dah lama rasanya sy pendam benda ni. Berulang kali sy diajukan kenapa perlu ambil STPM,kenapa tak masuk IPTA ke. Saya rasa dah beribu kali soalan itu diajukan kepada saya.Banyak juga sahabat-sahabat saya di maahad mengadu, masuk form 6 macam-macam tanggapan negatif orang kata.
Kadang-kadang terdetik di hati bila bisikan syaitan datang,Nauzubillah. "Kenapa aku pilih jalan ni.. "

Sahabat berkata : " Najah, orang selalu cakap yang ambil form 6 ni buang waktu, masuk form 6 sebab tak dapat ipta..........."
Dengan tak semena mulut ini terus berkata : " Selagi kita menuntut ilmu  dunia dan akhirat tak bazir apa apa pun,lagi dapat ilmu ada la, inshaAllah Allah akan permudahkan jalan kita suatu hari nanti, biarlah orang nak kata apa-apa pun....... "
Saya tahu jika saya tak kuat, macam mana saya nk kuatkan orang lain.Sy cuba tahan perasaan yang berbaur negatif. Pergi! Pergilah ! Asthagfirullah3x..
Saya sudah pilih jalan ini.. Inilah jalan yang Allah tunjukkan. Jangan pandang belakang, teruskan perjuangan!
Mujahadah itu memang pahit.

Tadi ada seorang mak cik berkata :
"Kenapa tak masuk ipta yg dapat tawaran tu ?"

Berkata lagi : " Mungkin kalau saya masuk situ saya tak dapat ilmu bahasa arab(byk lagi nak kata, tapi tak terkata), saya memang suka bahasa arab dari dulu "
Akhirnya,mak cik itu pun bagi kata-kata sokongan teruskan perjuangan.Syukran , Barakallahu fik~ =)

Apa apa pun sebenarnya kita kembali kepada NAWAITU kita,jangan dengar cakap cakap orang sahaja, jika positif tak salah untuk kita ambil sebagai iktibar.