Sunday, March 8, 2009

Salam Maulidur Rasul.. :)

Salam,
Alhamdulillah..
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam..





12 RabiulAwal thn gajah bersamaan 23 April 571 lahirnya insan yg Agung iaitu Muhammad Rasulullah SAW , kekasih Allah Yang Maha Pemurah..











Hadirkanlah hati-hati kalian,
wahai sekalian orang yang mempunyai akal fikiran.
Agar dapat kujelaskan kepada kalian segala sifat yang indah menawan
dan cantik memukau bagaikan pengantin, milik Kekasih Teragung ini.
Yang diistimewakan dengan gelaran termulia (Kekasih Allah).
Yang pernah naik menghadap Allah,
Maharaja Yang Maha Pemberi (di malam Isra’ dan Mi’raj).
Sehingga ia dapat menatap langsung keindahan-Nya
tanpa sebarang tirai penghalang.

Ketika tiba saat kemunculan ‘Matahari Kerasulan’ ini di ‘Langit Keagungan’;
maka keluarlah satu malaikat membawa titah perintah Allah Yang Maha Agung,
kepada Ketua Penghuni Langit, Saidina Jibril a.s.

“Wahai Jibril, serukanlah kepada seluruh makhluk.
Di bumi dan di langit, dengan ucapan-ucapan tahniah dan khabar gembira.
Kerana sesungguhnya,
Nur yang terpelihara, dan Rahsia yang tertutup sekian lama,
yang telah Aku wujudkan sebelum terwujudnya segala sesuatu,
dan sebelum Kuciptakan bumi dan langit.
Pada malam ini,
akan Ku pindahkan ke dalam perut ibunya dalam keadaan riang gembira.
Dengan sebabnya, akan Ku penuhi seluruh alam dengan cahaya.
Ia akan Ku pelihara dan Ku didik
dalam keadaan yatim (tanpa campur tangan ibu bapanya)
dan akan Ku sucikan ia dan ahli keluarganya dengan sesuci-sucinya
(sehingga mereka tidak akan melakukan perkara yang Aku tidak redhai)”

(Setelah Saidina Jibril a.s. menyerukan titah Allah tersebut)
maka ‘Arasy bergoncang hebat kerana merasa sangat gembira.
Kursiy yang teramat hebat itu pula
menjadi semakin hebat dan agung (demi memuliakan Baginda s.a.w.).
Dan tujuh petala langit dipenuhi cahaya (bagaikan sedang berpesta).
Sedangkan suara para malaikat bergemuruh mengucapkan tahlil,
tahmid dan istighfar (lantaran terlalu gembira dengan kedatangan Baginda s.a.w. ke mayapada).

(Sejak awal kehamilan) Bondanya (Sayyidatina Aminah r.anha)
sentiasa melihat pelbagai mimpi dan tanda kemegahan
serta keutamaan bayi dalam rahimnya itu,
sehinggalah usia kandungannya cukup sempurna.
Lalu ketika dirasakan dirinya benar-benar akan melahirkan,
dengan keizinan Tuhan segala makhluk,
maka ia pun melahirkan Al-Habib s.a.w. dalam keadaan sedang sujud,
bersyukur dan memuji Allah,
begitu comel dan indah laksana bulan mengambang penuh.
Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan
dalam keadaan telah berkhatan dengan kekuasaan Allah S.W.T.
Kedua matanya yang mulia bercelak dengan ‘Celak Hidayah’
(terpelihara daripada memandang apa yang tidak diredhai oleh Allah).
Ruang angkasa menjadi terang benderang kerana Nurnya.
Dan alam semesta penuh dengan keindahan
serta bersinar cemerlang kerana Nurnya itu.

Generasi yang tidak menjumpainya, termasuk juga umatnya,
sebagaimana generasi yang telah berlalu sebelumnya.
Kehebatan pertama mukjizatnya adalah terpadamnya api sembahan orang-orang Parsi
(yang tak pernah padam selama seribu tahun).
Beranda-beranda istana Maharaja Parsi tiba-tiba runtuh berjatuhan.
Syaitan-syaitan dihujani dengan panah-panah api bintang
yang panas membakar dari langit.
Semua jin yang sombong dan zalim,
berundur dengan hina dan tunduk kerana serangan dan desakan kuasa Baginda s.a.w.
jom ke iluvislam.com utk baca selanjutnya.



Petang tadi sebelum menjelang maghrib sambil menikmati makan malam ,,
hatiku begitu tersentap ketika menonton rancangan Remaja di TV3..
rancangan yg pling x minat ~ ttpi petang td tertarik dgn tajuk perbincangannya sempena Maulidur Rasul , tahniah diucapkan kerana mengingatkan
para remaja yg menganggap tarikh 12 RabiulAwal perkara biasa..

dunia akhir zaman begitu tandus sekali penghayatan Islam dlm kehidupan ,
soal selidik yg dilakukan kpd remaja / belia di luar tentang kelahiran Rasulullah SAW yg tercinta ramai di antara mereka sudah lupa dan juga x tahu menahu langsung , begitu menyayat hati ~="((


dan sebahagian jawapan yg ingat berbunyi begini:

'' ala , lupa laaa dulu masa kt skola ingat ''
'' ntah ,xtau ''


Nauzubillah.. bukanlah niat utk mengutuk ,,
namun sekiranya kita bergelar seorang muslim / muslimah adakah jawapan itu yg perlu dilontarkan ??
dimanakah jati diri sebagai seorang Islam yg meletakkan cintanya pada Allah SWT
dan kekasihNYA??

jika birthday kekasih masing2 boleh ingat dan hari kekasih (valentine's day) begitu mendapat sambutan sehinggakan ada di antaranya membelanjakan jumlah wang yg begitu besar utk kekasihnya , kenapa birthday kekasih Allah SWt Yg Maha Agung truss dilupaaakn??!!!
Rasulullah adalah Uswatun Hasanah yang perlu kita contohi ..namun artis jua di agung2 kan sebagai idola ?!!
Realistiknya kini ,budaya barat begitu di banggakan , budaya Islam ? dipinggirkn?


tepuk dada , tanya Iman bukan tny Aiman sbb Aimankn x kisah ~Wallahua'lam..
Bangkitlah wahai kaum muslimin ~~!! remaja2 di luar sana!!
kita lah mata-mata Islam yg akan meneruskan perjuangan Nabi SAW..
bangkitlah sebelum terlena.. ~Teruskan perjuangan demi Allah SWT, demi Islam~!
Perjuangan itu Pahit kerna Syurga itu Manis ~ :)
Siiru A'la Barakatillah.. ~!


No comments: