Sunday, June 6, 2010

Macam-macam

Bismillahirrahimnirrahim.
In The Name of Allah, The Most Gracious and the Most Merciful.

Kaifa halukum wa imanukum?
=)
Semoga sihat ya di bawah inayah Allah SWT.

Sudah lama rasanya tidak mencoret dan membuat contengan di blog ini berikutan saya perlu mengutamakan perkara yang lebih penting. Memandangkan sekarang, pengembaraan ilmu saya sudah bermula.Maka agak payah untuk saya mengonlinekan diri seperti dahulu ketika percutian yang agak lama selepas spm.

 orang selalu mengajukan pelbagai soalan kepada calon lepasa spm2009
" Belajar  di mana , sambung kat mana?"
Berbagailah~

Saya sudah menolak tawaran ASASI UNDANG-UNDANG Uitm~
Saya sudah tolak ( kenapa perlu pengulangan nih )

Mungkin pada sesetengah orang ia satu perkara yang merugikan apabila di beri peluang yang baik lalu menolaknya.
Tapi bagi saya andai ini jalan yang Allah tunjukkan . Ikutilah, nescaya dia akan menghamparkan jalan yang terbaik untukmu.
Sedarkah kita, apa yang sering kali nampak baik di mata kita tak semua bagus untuk diri kita.
Sedangkan perkara yang kita tidak sukalah yang baik untuk kita.Sebagaimana Allah SWT telah berfirman :
" ......Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" (2:216)


Jom sama-sama kita mendoakan saudara seIslam kita di Gaza, Palestin.
Mereka yang berjuang dalam misi kemanusiaan Gaza.
Semoga Allah bersama kita semua!
Palestine will be Free, we will not go Down!Allahuakbar!
InnAllahamana!

Allahummansur Islam Wa Muslimin Fil Falestin , Iraq, Afghanisthan fi kulli makann wa kulli Zaman ya Allah..ameenn ya Allah..

Saturday, April 17, 2010

Kembali

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah , All praises to Allah..

Sedar sedar rupanya dah lama tak update blog.Sepanjang tak update ni, banyak sangat peristiwa berlaku.

Tapi belog ni tak diupdate dengan apa-apa kisah pun. :)

Sunday, February 28, 2010

  • Bismillah,Assalamualaikum W.B.t,bagaimanakah iman kita pada hari ni?yanqus au yazid??
Al Iman….
“al imanu yazid wa yanqus”
yazidu bi at to’at wa yanqus bil ma’siyat.

Ya muqalibal-qulub,thabit qulubana a’la deenik,wa a’la to’atik
wa a’la jihadi fi sabilik…aamiiin…

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ??mcm baru blajar membaca ja(ayuh kte kembali ke zaman tadika..~ sedaqlah kta dh
tua..*_*sebenarnya, dr huruf2 tuh kte bleh ambil renungan dgn ayat-ayat di bawah ini^^,)


A : Adil pada dirimu B : Beranikan dirimu C : Cekalkan hatimu D : Derma selalu E : Elakkan pertelingkahan sesama kite F : Fikir sebelum bertindak terburu2 G : Gembira selalu H : hormat orang tua I : Ingat akan ALLAH SWT! :)
J : Jangan berdusta K : Kasih akan daku L : Lemah lembut amalan semua M : Makan makanan seimbang N : Nafsu jangan dituruti
O : Oh ! pamerkan kesempurnaan dirimu P : Pentingkan kesihatanmu Q : Qualiti dalam kerjaya dan tugasmu R : Rajin berusaha T : Tanamkan sifat bekerjasama U : Utamakan alam sekitar V : Variasikan pengalamanmu W : Wajibkan amalan membaca Al-Quran
X : X-ray diri sendiri Y : Yakin pada diri sendiri Z : Zalim jangan sekali

syukran ,ainun mardhiah..sokmo dok hantar kata2 hikmah kt ym..:)


  • Happy?? Say: Alhamdulillah, thank you Allah , thank you Allah~
  • p/s: post nie xdak pa pon,aasiff ~sapa rajin mai la baca..bercolour2 ckit,cerah mata ~ :)
  • ari nie sy agkk gembira di sebabkan, syy dh dpt anak buah baru~~ Alhamdulillah~wee~~ lama sy menunggu ketibaanya ke dunia, dia selamat lahir ari ni.. nama die dop tahu lagi~~ kaba2 nye , Alia kot..pastu ada sambung2anya, Alia Najah~bru sedap skit..moga menjadi anak solehah(^^,)





"Semua anak yang dilahirkan ke dunia ini dalam
keadaan yang suci bersih. Maka kesalahan
ibubapalah menjadikan mereka yahudi, nasrani atau
majusi."
(sy msih ingat lg di saat buat insyak bat psl tanggungjwb ibu bapa utk penutup,terkial-kial buat
hadis nih..:))




  • kakak fatimah pula akn balik esok dari pahang setelah lama mnjdi babysitter kt rmah kak long, dia ade program..dia sntiasa sibuk 24 jam..
  • cuti pon dh nk dekat(mst smua seronok nk dgr perkataan C tuh kan) ape2 pon, spm makin dekat..~_~ kne result excellent nk msuk U..usaha +pulun abis2..amalan2 pun kne brtmbah!!istiqomah is must,biiznillah..pas nie naik cuti , kte nk mulakan countdown dh..
  • sy msih buntu lg~Darul Quran??(syy teringin sgt nk jd hafizatul Quran>adakah sy mampu?? ape2 doakan yg terbaikk buat smua.. strive for spm & Mardhotillah ~insyaAllah..
  • will busy with extra classes (sat,mon till wed,SPM punya pasaii kne berkorban jgak walo ramai dh loncat2 g oliday~~)!! and last butt not least my new family,so much exciteD~dont forget to say ,Alhamdulillah wa Syukurillah..=)


************************************************************************************************************************************


salam,especially to k.shim(tulih besaq nih)..
ni najah post utk k.shim ~ njh ada selit gambaq masa abg njh kahwin yg upin dan ipin nuh..n_N
meh nk cta ckit,
masa kenduri ipin hari tu, cik ton , kak noi mai, kak lg stu tuh nama dia lupa..isteri abg man kot x silap.. ape2 pon, najah x lupa kn k.shim ..wlau dh lama x contact~ njh nk mintak maaf byk2 kt k.shim kalau ada slah silap,terkasaq bhasa tau~ air yg di cincang x kan putus kan,,insyaAllah.. hidupp
ank mami jarumm..hehe~
k. see u when i see u, Biiznillah,may Allah bless u sis..
-- kenang daku dlm doamu -- =)
p/s: teringin nk jumpa uwais fathy yg comei mcm mama dia..~^__^





Thursday, February 25, 2010

Hari Yang Teristimewa Untukmu~!

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah,Alhamdulillah, Alhamdulillah..
Sudah masuk 12 RabiulAwwal 1431H pada hari ini.
Haa , cepat teka wahai bijak pandai.Ada apa pada tarikh tersebut?Hari yang terrr sangat sangat sangat Istimewa~!:)
Jatuhnya 12 rabiulawwal tahun ini pada hari jumaat, sayyidul ayyam.
SubhanAllah, hari yang penuh barakah.Jom, jangan lepaskan peluang ini dengan mengucapkan selawat ke atas Habibullah iaitu Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT :"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) ( 33:21)"

Sanah Helwah, Ya Rasulullah..Ya Habibullah..^^

(The Chosen One-Maher Zain)

In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
محمد يا رسول الله

You were so caring and kind
your soul was full of light
You are the best of mankind
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
محمد يا رسول الله

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by non
You are Allah Chosen One
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One


I'll try to follow your way
And do my best to live my life
as you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me


صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One


صلّوا على رسول الله
Oh
Peace be upon.. Oh
The Chosen One 

Anda Sayang Rasulullah SAW?
Klik ,Klik Di sini~!

Friday, February 19, 2010

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.th.

Salam Jumua'h yang penuh barakah~
Alhamdulillah,
Pada minggu lepas saya mennyertai konvoi ipt tour iluvislam.com.
hanya dua hari sahaja saya menyertainya.
Tak macam cik aqila , sekali 4 hari dia sapu penuh.
Jadi sesiapa yang ingin mengetahui kisah mengenai ipt tour iluvislam.com, boleh mengikuti di iluvislam.com dan blog aqila aka aishasoleha
Panjang lebar dah dia cerita pasal ipt tour tersebut.Bersyukur pada ilahi , terasa seperti gathering usrah pun ada kerana kami (saya,aqila dan aqlily) terutama aqila dah lama tak jumpa.Usrah pada minggu lepas terpaksa dibatalkan berikutan naqibah usrah saya pulang ke kampungya. Minggu ini pula ada usrah, tetapi saya pula tidak  dapat hadir kerana saya berada di pahang sekarang.
Sangat sangat banyak diriku terlepas program ilmiah pada minggu ini.
Bila direnungkan kembali, pasti ada hikmah di sebalik kejadian yang telah Allah tetapkan ini.


Sharing is Caring
Sesi brainwash otak ini dengan clorox.^^
Bila ditanya tentang matlamat pasti mudah orang menyatakannya.tetapi untuk melakukan/mencapai ke arah matlamat itu pasti ada saja cabarannya bukan.
Jadi , sesi sharing kali ini dari sahabat saya aqlily pada khamis lepas.kerja-kerja dakwah memang memerlukan JIHAD.
Jadi, apa yang kita faham tentang jihad?Takrifan jihad itu pelbagai.
Jihad -Semangat dan Iman.

Semangat Yang Bagus,Iman macam mana?
Pernah terfikir tak? Selalu sangat join program itu ini..mula-mula lepas program mesti bersemangat berkobar-kobar.Tapi selepas  sebulan berlalu.Mulalah peratusan Iman itu menurun.
"Standard la kan, nama pun manusia" selalu orang berkata begitu.
Ingat, Surah Al-asr beri kita peringatan!Sila rujuk Al-quran.




 



Malik bin Dinar: "Sesungguhnya orang alim itu apabila tidak beramal dengan ilmunya, nasihatnya akan tergelincir-gelincir dari hati pendengarnya sebagaimana tergelincirnya titisan embun dari batu yang licin."

Monday, February 15, 2010

Isk..isk..isk

Bismillahirrahmanirrahim,Assalamualaikum w.b.th.

Isk..isk..isk- ini bukanlah rungutan mahupun keluhan tetapi  INI SEJARAH KITA..

Manusia itu seperti logam.

Daripada Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda (maksudnya):
'Manusia itu seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyah, terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham'

Kunci kata terpenting di sini adalah FAHAM. Manusia itu, sekiranya semasa jahiliyah dia sangat hebat, maka sekiranya dia Islam, maka dia juga akan menjadi Muslim yang terbilang, tetapi syaratnya dia haruslah FAHAM. Sebagai contoh, Khalid Al-Walid sebelum Islam adalah seorang panglima tentera yang sangat hebat, malah dengan kecerdikan serta ketangkasannya, hampir2 dapat melumpuhkan pasukan tentera Muslimin dalam Perang Uhud. Namun, setelah beliau Islam, dan dikurniakan Allah FAHAM yang sebenarnya, tidak ada satu peperangan dalam Islam yang diketuainya, melainkan semuanya menemui kejayaan dan kegemilangan.

Kebaikan sebenar = FAHAM AD-DEEN

Daripada Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda (maksudnya):
'Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Deen'
 
Jelas dalam hadith ini, KEBAIKAN yang disangka manusia berupa harta benda, anak pinak atau gulungan ijazah serta pangkat dan kedudukan, bukanlah KEBAIKAN sebenarnya. KEBAIKAN sebenarnya, yang Allah muliakan manusia dengannya ialah KEFAHAMAN akan AD-DEEN (cara hidup).

Apakah itu AD-DEEN bagi kita yang bergelar Muslim? Itulah cara hidup ISLAM yang digariskan melalui Quran dan Sunnah RasulNya.

-Faquhu- Faham ISLAM (AD-DEEN) vs -Faqihu- faham HUKUM FIQH (sahaja)

Yang dituntut kepada setiap Muslim adalah memahami Islam itu sendiri, gambarannya (tasawwur) dan aplikasinya pada seluruh aspek kehidupan, bukannya kefahaman mendalam dalam Hukum Fiqh tanpa aplikasi yang benar kepada kehidupan. Buktinya, mereka yang memahami Islam akan mengAMALkan semua aspek Islam, tetapi yang tidak memahaminya, boleh jadi pandai berhujah dalam hukum-hukum Fiqh atau cabang-cabang Ilmu Islam, tetapi kehidupannya tidak berdasarkan Islam seluruhnya. Sebab tu tak pelik kenapa graduasi aliran lain (selain agama) kadang-kadang lebih FAHAM Islam daripada graduasi aliran agama sendiri (fakta yang pahit).

Seperti contoh: Sumayyah R.A yang merupakan syuhadah pertama dijanjikan syurga bersama suaminya adalah orang yang memahami Islam (Ad-Deen) secara keseluruhannya sehingga sanggup mati kerana Islam. Sumayyah tidak sempat mengamalkan solat 5 waktu, berpuasa, haji dan sebagainya, tetapi ketinggiaan Imannya melebihi umat hari ini yang menunaikan semua ibadah2 ini...Kerana apa?Kerana Sumayyah memiliki 'Faquhu fi Deen' @ FAHAM akan Islam yang sebenarnya.

Faham dengan HATI atau AKAL?

Surah Al-A'raf: 179, Allah berfirman yang bermaksud:
'Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai (hati) tetapi tidak mahu memahami dengannya (ayat2 Allah)....'

Jadi, untuk faham Pharmacology atau Anatomy kita gunakan akal, tapi jangan tersilap cuba memahami Islam dengan akal...kerana Islam ini yang berlandaskan Al-Quran, hanya bisa difahami sebenar-benarnya dengan HATI..

Kena faham apa untuk faham Islam Ad-Deen?

Iaitu kenalah memahami 2 tujuan hidup (atau kenapa kita diciptakan di dunia ni):

1) Untuk beribadah kepada Allah (Surah Az-Dzariyat: 56)
'Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaKu....'

2) Sebagai khalifah Allah (Surah Al-Baqarah: 30)
'Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi...'
So sekarang dah tahu tujuan, NAK KE MANA?

 
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Nanti dulu, belum boleh ke mana-mana selagi tak kenal 2 perkara lagi:

1) Siapa KITA?
Terpulang pada definisi masing-masing, kalau kita katakan kita pelajar, maka dapat difahami kehidupan adalah:
tadika --> sekolah rendah --> sekolah menengah --> University. Tamat.
(macam sangat singkat sahaja hidup kita?)

Tapi, kalau kita katakan kita MUSLIM, kehidupan kita bersambung terus dengan TUHAN yang menciptakan kita dan daripada penciptaan manusia pertama, Nabi Adam A.S. dan akan berterusan sehinggalah kepada destinasi akhir kita iaitu di Hari Akhirat..

2) Apa SEJARAH KITA?Sejarah, atau kronologi kehidupan, boleh juga didefinisikan sebagai sesuatu yang telah berlalu dan juga ketetapan Allah (Sunnatullah).

'Sunnatullah (ketetapan Allah) telah berlaku sejak dahulu lagi dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bg cara dan peraturan Allah itu' (Surah Al-Fath: 23)

Bak kata orang 'Sejarah mungkin berulang'...sememangnya itu benar, sekiranya kita benar-benar mengkaji sejarah, tidak mustahil untuk kita mengulangi sejarah, kerana Allah S.W.T telah menggariskan ketetapan dan juga pengajaran2 dalam kronologi kehidupan manusia sejak dahulu lagi, supaya manusia belajar dari sejarah dan juga kesilapan yang telah berlalu....
Wallaua'lam.
Sumber  : Di Sini

Monday, February 8, 2010

Sejarah, Sejarah,Sejarah?

Assalamualaikum w.b.th,
Kaifa halukum?
Kaifa imanukum? Moga bertambah dengan jayanya ya..insyaAllah^^
Siapa pun anda yang membaca  dan menjejakkan kaki di blog ini.
Semoga semua sihat di bawah inayah dan kasih sayang Allah SWT.

Sejarah,sejarah,sejarah?
Sesetengah orang mungkin akan terkulai apabila saja disebut sejarah. dan rata-rata ketika diwaktu sekolah dahulu ramai melabelkan sejarah sebagai subjek yang membosankan.

"Alaaa, sejarah cerita pasal orang  yang dah mati , maka suasana belajar pun suram la"
Terngiang sewaktu cikgu sejarah saya memberi sedikit teguran  melihat pelajar-pelajarnya lemah longlai sewaktu subjek sejarah.
" Dengan sejarahlah kita jadikan iktibar supaya kesilapan yang lalu dapat diperbaiki"

Untuk saya , sejarah adalah 50-50..kerana apa? kerana saya tidaklah begitu anti-sejarah dan tidak pula meminati sejarah.Tapi.... sekarang semua sudah berubah.macam iklan di tv , "dunia dah berubah,zaman dh maju"

Ini Sejarah Kita.
Apakah ini?
untuk tidak mengulas lebih panjang.saya akan update  entry yang terbaru..
fi Amanillah.

*doakan supaya perjalanan kita di bumi ini diredhai Allah SWT,amin~
sehingga berjumpa
lagi dgn keizinanNYA.~

Friday, February 5, 2010

Pesan Terakhir


Bismillah Pictures, Images and Photos

Pesan Terakhir (Sajak oleh Syed Qutb)

Sahabat…
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakanlah obor untuk umat ini

Dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan
Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan

Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana

Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.
  Sayyid Qutub-1966


Firman Allah SWT:
3

Maksudnya: ”Dan jangan sekali-kali kamu menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Dan juga mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan orang-orang yang masih tinggal di belakang mereka bahawa mereka tiada rasa takut dan tidak pula menanggung dukacita”. (Ali-Imran(3): 169-170)

Monday, February 1, 2010

Tukar dan Tukar

Assalamualaikum w.b.th.
Salam ceria seindah suria di pagi hari (walau pun malam, =)

Saja untuk mengupas topik yang 'entah apa-apa'. aish , macam mana lah saya nak jadi orang yang berguna jika membuka topik tak memberi manfaat.Jadi harapan saya, tinggalkan saja entry ni / tak perlu membacanya kerana ia macam 'entah apa-apa'.

Tukar dan tukar

Apa yang tukar -tukar ni?
Ini disebabkan blog saya bagi yang perasan saya suka menukar layout.

Sebab apa?
Kerana saya suka melakukan perubahan jika ia tampak bosan untuk saya.
Jadi, saya suka lah tukar dan tukar layout blog.Dan akhirnya saya  memilih layout yang lebih simple macam sekarang berkemungkinan akan diubah juga.insya Allah.

Tiba-tiba... 
Ada orang kata , result spm  2009 lagi sebulan setengah nk keluar.
Ada orang kata, 13/3.
Ada orang kata, hujung bulan februari ini.
Mana satu yang betul ni? Untuk dapatkan berita sohih baik kita sabar menunggu pengumuman dari pihak kementerian pelajaran, kan mudah tu cuma bersabar.
Pasti semua berdebar-debar bukan? ( termasuklah saya macam-macam perasaan ada :_: )
Maka, Tawakkal A'lallah + Doa kpdNYA. hanya Allah tempat kita bergantung dan berharap.
Semoga kita beroleh kejayaan dunia dan akhirat.Ameen ya Allah3x.

Bagaimana pula iman kita(kaitan dengan tajuk utama) ?
Sebagai seorang yang bernama manusia, sedar atau tidak iman kita sentiasa tukar dan tukar kan?
(ditujukan kepada penulis terutamanya)
Iman manusia ---> berkurang dan bertambah.
Jadi pilih mana satu , nk bertambah ke berkurang?
Pasti semua akan jawab , saya nak  IMAN BERTAMBAH.Mari kita tukar Iman dari berkurang kepada bertambah. Jom kita update Iman,berusahalah kerana Allah SWT~!insyaAllah.
May Allah bless all of us.

**-Hadis Fi Hazihil Yaum-Hadis Hari Ini-Hadith for Today**
Min Kitabi - Tarbiyyah Syariah Islamiah(5) 

 
Daripada Abi Sa'id Al-khadri r.a , dari Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Hindarilah daripada duduk di tepi jalan.Para sahabat berkata: Wahai Rasulullah! Kami tidak boleh menghindarkannya kerana kami duduk berbincang-bincang di sana iaitu ditepi jalan.
Rasulullah bersabda : Sekiranya kamu ingin duduk juga , maka berikanlah jalan itu haq-haqnya.
Para sahabat bertanya: Apakah Haqnya? Rasulullah menjawab: Mencegah dari melihat sesuatu yang dilarang,menghindarkan perkara-perkara yang menyakiti,menjawab salam serta membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



”Tiga perkara menyebabkan terasa kemanisan iman,Allah dan Rasul-nya hendaklah dicintai lebih daripada yang lain,mencintai manusia kerana Allah semata-mata dan benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana bencinya seseorang jika dicampakkan ke dalam api neraka”(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, January 27, 2010

Nilai Iman Vs Nilai Rakan Dalam Hidup Remaja

Bismillah Pictures, Images and Photos

 Remaja : Iman VS Rakan
www.iluvislam.com
Fatimah Syarha



Alam remaja tak lekang cabaran. Daya inkuiri yang tinggi untuk mencuba sesuatu yang baru amat ketara. Perasaan dan keinginan bergelora hebat. Ia suatu tempoh transisi menuju dewasa. Rakan sebaya biasanya sangat berpengaruh dalam kehidupan seseorang remaja dalam tempoh ini.

Seringkali setiap remaja keliru untuk berhadapan dengan segala sesuatu. Sukar untuk menentukan bagaimanakah sepatutnya perasaan, konsep dan penilaian sebenar terhadap masalah-masalah, terhadap peristiwa-peristiwa dan juga terhadap individu manusia pada keseluruhannya.

Firman Allah S.W.T. ;


وَلا تَهِنُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الأعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

" Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamu orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. "
(Surah Ali 'Imran: ayat 139)



Rasa mulia dan tinggi dengan iman, suatu perasaan yang sungguh memotivasikan hidup. Perasaan ini akan menjadikan hidup lebih terarah dalam menghadapi setiap realiti, kemungkinan dan nilaian manusia. Muslim beriman akan memegang Iman dan nilainya mengatasi segala bentuk nilai yang datang dari sumber yang lain. Sungguh hebat perasaan ini mempengaruhi hidup seseorang yang yakin dengannya.

Begitulah remaja beriman takkan mudah goyah dengan nilaian kawan-kawan. Tetap teguh pendirian apabila kawan-kawannya mengejek lekeh jika tidak merokok. Atau memandang tak laku jika belum berpunya. Dia tak mudah melatah apabila dianggap ’skema’. Imannya menjadi perisai apabila diajak berfoya-foya.

Hebat sekali kuasa iman. Rasa mulia dengan iman ini suatu perasaan yang perlu ditanam dan disuburkan hinggalah ianya tidak menjadi suatu perasaan yang hangat-hangat tahi ayam sahaja. Perasaan agung itu mestilah berdasarkan kebenaran Allah yang Maha Hidup dan tidak mengenal mati. Kebenaran yang tetap hidup walaupun dicabar oleh kekuatan, oleh konsep dan realiti yang sering berlegar dalam kehidupan seharian remaja.

Contohnya, remaja beriman akan tegas berkata,


”Saya takkan menjadi robot yang hanya terpacak di hadapan tv, diikat hidung oleh media yang sering menghidangkan hiburan.”


Kebanyakan remaja hari ini terdedah dengan arus globalisasi hingga mempunyai cara berfikir sendiri yang sangat berpengaruh sesama mereka. Persekitaran dan didikan juga menyebabkan mereka mempunyai nilai-nilai yang sukar untuk ditentang; nilai yang menekan rakan sebayanya untuk turut terikat dengannya.


”Tak keluar dating? Apa kuno sangat kamu ni? Ni bukan zaman nenek moyang dulu.”


Inilah hanyalah salah satu contoh pemikiran remaja kita.

Cara berfikir, dan nilai itu menekan remaja lain yang tidak mempunyai persediaan yang kukuh. Begitu juga setiap konsep yang membelenggu cara berfikir remaja hari ini memang mempunyai ikatan yang kukuh dan kuat, yang sukar dikikis jika tidak dihadapi dengan suatu konsep yang kebal yang diceduk dari Allah S.W.T. Setiap remaja yang menentang arus, yang menentang cara berfikir remaja lain, menentang nilai hidup mereka dan sebagainya, tentu akan merasa tersisih dan bersedih hati, jika tidak berpegang kepada dahan yang lebih kukuh dari manusia itu sendiri.




Allah S.W.T. pasti tidak membiarkan orang-orang yang beriman keseorangan menghadapi tekanan, kesepian menanggung beban yang berat itu. Oleh kerana itu, sungguh indah (Surah Ali 'Imran: ayat 139) memujuk setiap orang beriman. Sesungguhnya orang yang beriman itulah orang yang paling tinggi darjat tempat pergantungannya.


Kenapa nilai remaja lain perlu lebih berpengaruh dalam hidup kita berbanding nilaian Allah yang menciptakan kita semua?


Fikir-fikirkanlah.


Contohilah keberanian Rabi’ bin Amir dalam menyatakan imannya di hadapan Rustam menjelang perang Qodisiyyah.


"Allah telah mengutuskan kami untuk mengeluarkan sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya daripada pengabdian terhadap hamba kepada pengabdian kepada Allah s.w.t., dari kesempitan dunia kepada keselesaan hidup dunia dan akhirat, juga dari kezaliman agama-agama lain kepada keadilan Islam. "


Wahai remaja beriman, kita belum lagi diuji berhadapan kuasa kafir sebagaimana Rabi’ bin Amir berhadapan Rustam, kita baru diuji berhadapan dengan suara-suara rakan sebaya. Kenapa perlu gentar menyatakan iman kita terhadap mereka bagi menolak segala ajakan dan dakwaan yang tidak sihat? Jangan mudah mengalah. Rasa mulia dan tinggilah dengan iman.





Glosari:
1. Inkuiri : Ingin tahu
2. Transisi : Peralihan, Perubahan

Tuesday, January 26, 2010

Tidurlah, Kalau Nak Cantik~!

Bismillah Pictures, Images and Photos
Tolong jawab, siapa yang tidak suka tidur? Tidur memang dikaitkan dengan malas dan tidak produktif. Malah tidur yang melampau akan memudaratkan. Tetapi jika tidur cukup, tentulah tidak salah dan tubuh pasti lebih fit.
Tidur    sama    pentingnya dengan  air  dan  makanan tetapi  ada  orang  anggap tidur  ini  amalan  remeh. Padahal tidur adalah salah satu resipi sihat, cantik dan awet muda.  Tidak  percaya?  Ketika  tidur,  tubuh  bekerja  keras  memperbaiki  sel-sel  dan  jaringan  tubuh yang rosak. Otak pula sibuk mengisi  ruang  memori  dengan pelbagai perkara yang anda alami  dan  pelajari.  Tidur  yang dimaksudkan   ini   adalah   tidur yang   berkualiti.   Ada   beberapa  persoalan  mengenai  tidur  yang perlu kita tahu. Apakah pengaruh tidur  bagi  organ-organ  penting manusia?  Benarkah  tidur  yang terlampau  akan  membuat    anda gemuk?  Atau  sebaliknya  kurang tidur  boleh  menyebabkan  anda obesiti?



Kulit

Semasa  tidur,  tubuh  menghasilkan  hormon  pertumbuhan manusia  (human  growth  hormone/HGH)   dan   melatonin.   Fungsi kedua-dua hormon ini berkaitan dengan     kecantikan,     antaranya   untuk   memperbaiki   sel-sel  tubuh,  mencegah  penuaan  diri dan  meremajakan  kembali  jaringan-jaringan  tubuh  yang  telah haus.  Kerana  itu  jangan  hairan apabila terdapat perbezaan yang jelas  antara  kulit  orang  yang  cukup tidur dengan yang kurang tidur. Seseorang yang kurang tidur akan kelihatan lebih tua dari usia sebenarnya.  Sementara  yang  cukup tidur nampak lebih segar.

Mata
Mata  adalah  sensor  pertama manusia bagi memulai hari. Begitu mata melihat cahaya terang di pagi  hari,  ia  akan  mengarahkan tubuh untuk memulakan aktiviti. Dalam sehari otot-otot di sekitar mata akan bergerak-gerak ribuan kali mengikut ekspresi wajah. Sedih,    gembira,    berkerut, ketawa    semuanya    melibatkan tarikan otot-otot sekitar mata. Sebab itulah, tanda-tanda penuaan salah satunya ada di kerutan sekitar mata. Jadi untuk memastikan otot-otot  itu  punya  waktu  istirahat yang cukup setiap hari, tidur sangat diperlukan. Bagi   sesetengah   orang,   cahaya  mempengaruhi  cepat  atau lambatnya  seseorang   tidur   di samping   keselesaan. Ada   yang tidur  dengan  suasana  lampu  dipasang  dan  ada  juga  yang  tidur dalam keadaan gelap.

Paru-paru
Sama   ada   dalam   keadaan jaga mahupun tidur, udara akan masuk  ke  dalam  tubuh  melalui mulut   dan   hidung,   mengalir ke  saluran  pernafasan  dan  kemudian  ke  paru-paru.  Apabila udara  mengalir  dengan  baik  ke paru-paru, maka fungsi organ ini juga akan berfungsi dengan baik. Hasil  kajian  Dr.  Olga  Parra  dari Universiti   Hospital   Barcelona, Sepanyol mendapati, kesulitan tidur akan menimbulkan risiko serangan  angin  ahmar.  Ini  kerana adanya  gangguan  berkala  ketika bernafas. Jadi sangat jelas bahawa gangguan tidur adalah gangguan pernafasan  selama  tidur  kerana terhalangnya  aliran  udara  yang masuk ke dalam paru-paru.Nasihat beliau, lakukan aktiviti apa pun agar tubuh bergerak dan letih. Organ tubuh yang aktif bergerak akan mencapai puncak keletihan  pada  malam  hari  sehingga  membawa  kepada  tidur yang selesa, tanpa gangguan pernafasan selama tidur.

Sumber:Di Sini

 Tambahan Maklumat.

“Daripada rahmat-Nya (Allah) menjadikan bagi kamu malam dan siang untuk kamu berehat dan mencari rezeki, mudah-mudahan kamu bersyukur." (Surah al-Qasas)

Rasulullah s.a.w memberikan contoh yang baik untuk tidur dengan doa-doa yang lengkap. Tidur itu sendiri sebenarnya mempunyai adabnya yang berlandaskan ajaran Islam, antaranya ialah:

a) Jangan dilewatkan tidur selepas solat Isyak melainkan ada hal penting seperti muzakarah ilmu, melayani tetamu dan sebagainya. Diriwayatkan daripada Abu Barzah, sesungguhnya Nabi s.a.w membenci untuk tidur sebelum Isyak.

b) Berwuduk sebelum tidur. Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

c) Mulakan tidur atau baring atas rusuk kanan sebagaimana sabda Nabi s.a.w kepada al-Barra´: “Mulakanlah tidur kamu di atas rusuk kanan.”

d) Jangan tidur dengan cara meniarap atau menekan perut kerana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Sesungguhnya cara tidur meniarap adalah tidur ahli neraka.”

e) Amalkan membaca doa-doa tidur sebelum dan sesudah bangun dari tidur seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Ringkasnya, pengajaran Islam dalam persoalan tidur memberi penekanan bahawa tidur itu sebahagian daripada nikmat yang diberikan Allah. Demikianlah, ajaran-ajaran Islam yang begitu sempurna merangkumi segala persoalan harian hidup.

Subhanallah, tidak terfikirkah kita, sehingga ke aspek tidur sekalipun Islam ada menggariskan cara yg terbaik.

Sumber: Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia(YADIM)

Sunday, January 24, 2010

Gelisah yang mendera

Bismillah Pictures, Images and Photos

Pada suatu malam Nabi SAW tidak dapat melelapkan matanya. Baginda memalingkan mukanya ke sana dan ke mari, dan mengantuk tak dirasakannya. Menyedari keadaan tersebut, isteri baginda bertanya,
“Mengapa engkau tidak dapat tidur, wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab, “Ada sebiji kurma, terletak di suatu tempat, tadi. Kerana takut ianya terbuang begitu sahaja, aku telah memakannya.
Sekarang aku berasa kesal kerana buah itu mungkin telah ke mari untuk diagih-agihkan kepada fakir miskin.”
Buah yang dimakan baginda mungkin kepunyaan dirinya sendiri.
Tetapi kerana para dermawan selalu menghantar sedekah ke rumah baginda untuk diagih-agihkan, perbuatan memakan kurma itu tadi telah menimbulkan keraguan di dalam hatinya.



Demikianlah ketelitian Nabi SAW mengenai setiap perkara yang dilakukannya-
hatta yang sekecil buah kurma itupun dihitung-hitungnya. Ambillah pengajaran : Kita seharusnya juga menilai setiap tindak-tanduk kita, agar kita takkan berasa kesal di kemudian hari. Dan berkhidmatlah kepada Allah dengan senang hati. InsyaAllah dunia kita akan lebih berseri.
Sumber: inspirasi[at]iluvislam.com

Saturday, January 23, 2010

**-Qoryati-**

Islamia Pictures, Images and Photos

“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.
(Surah Al-Ra‘ad: 28)




“Sesungguhnya pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa”.
(Surah Yunus: 6)





Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa; dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang.(Surah Al-Ra‘ad: 15)



Bertanyalah (wahai Muhammad): “Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?” Jawablah: “Allah”. Bertanyalah lagi: “Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?” Bertanyalah lagi: “Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?” Katakanlah: “Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa”.(Surah Al-Ra‘ad: 16)






“Sesungguhnya Allah itu indah. Dia suka keindahan”.
(Hadis riwayat Muslim )



Mataaa Saurajiu' ilal qoryah?
Merindui suasana ketenangan di sana~
SubhanAllah.
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(QS.ash-Shaff:1)

Saturday, January 16, 2010

Perihal Surah Al-Hadid Ayat (22-23)

Bismillah Pictures, Images and Photos


Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (al-Hadid 57:22)

No misfortune can happen on earth or in your souls but is recorded in a decree before We bring it into existence: that is truly easy for Allah: (QS, 57:22)


(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (al-Hadid 57:23)

In order that ye may not despair over matters that pass you by, nor exult over favours bestowed upon you. For Allah loveth not any vainglorious boaster― (QS, 57:23)
Surah Al-Hadid

"Bersabarlah dan rasa mulialah bersama Islam. Apatah lagi kamu berusaha mengembalikan maruah umat ini. Ingatlah, jangan sesekali kamu melatah apabila berhadapan dengan situasi-situasi yang tertekan. Ingatlah, orang yang perkasa bukanlah di kalangan mereka yang handal bersilat, tetapi mereka yang perkasa adalah mereka yang dapat mengawal diri apabila marah."
(Al-Imam Hassan al-Banna)

**~Eid Milad Said~**

Bismillahirrahmanirrahim,


Salam.Alhamdulillah sekarang jam menunjukkan pukul 12.15.
Jadi , sudah 16/1/2010.
Special day for special person.


Siapakah beliau ? Anda? Ya,anda yg bernama Aqila Izzaty@aishasoleha


Ya Allah, anugerahilah kami usia yang panjang dan umur yang diberkati dalam ketaatan dan ma’rifat-Mu. Penuhilah hati kami dengan iman dan yakin. Jika Engkau mewafatkan kami maka wafatkanlah kami dalam keislaman dan keimanan. Kami bermohon kemaafan dan perlindungan yang bersinambung dalam agama, dunia, dan akhirat.


Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul khatimah, anugerahilah kami kebersamaan dengan Nabi -Mu Muhammad saw. serta nikmat memandang ke wajah-Mu Yang Maha Mulia.


Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik usia kami adalah akhirnya, dan sebaik-baik amal kami adalah kesudahannya serta sebagai-baik hari kami, adalah hari pertemuan kami dengan-Mu. Semoga Engkau limpahkan shalawat dan salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad Saw beserta keluarganya dan sahabatnya, dan semoga Engkau limpahkan pula keselamatan.

Mengenali Kamu Satu Anugerah dari Allah SWT.
Begitu hebat percaturan ukhwah yang telah Allah rancang
Hanya di alam maya --Di Sini Bermulanya Ukhwah-- kini menjadi realiti~
Kamu jua adalah seribu dari satu.
Uhibbuki Anti Fillah daaiman.
Akrab persahabatan kita semoga kekal hingga ke syurga.
Semoga ikatan ukhwah Islamiah diredhai Allah SWT.
insya Allah..

Jazakillahu khairan kasira,
Menjadi sahabat , teman sefikrah dunia dan akhirat.
Syukran Allah,
Syukran Sohabat..
wslm~

Thursday, January 14, 2010

Kemenangan itu Faizah~!

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.th.
Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
Syukur, Alhamdulillah masih di beri kesempatan utk meneruskan kehidupan di bumi milikmu ini ya Allah.

Ma Ma'na faiz/ah ?
makna dia menang ustazah.
Tersenyum seorang sahabat itu masakan tidak, kata-kata itu satu doa bukan?
Faizah - Kemenangan.
Teringat ketika menjawab soalan BAT fi sualil awwal--ma'ani( kata seerti)
Faiizun = _ _ _ _ _ _
Mula-mula terpikir dh ,lepas tuh hilang tetiba masa nk jawab.
Selawat dan Zikrullah ya Lisani.
Alhamdulillah3x, lepas beberapa saat baru teringat.
(jama')Faaizun = Najihun /Faizah = Najah

Mengenali anda ketika berada di tingkatan 1,
dari tingkatan 1 sehingga 5 kita berada di kelas yg sama bukan?
"Wajaa'lna syuu'ban waqabaaila litaa'rafu''
Maksudnya : Dan Kami (Allah) menjadikan kamu manusia berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali.
Alkisah,
Berbasikal bersama ke sekolah,
Sanggup berjalan kaki dari rmh amalina ke sekolah.
Kemudian,pada tahun seterusnya kita bersama menaiki kenderaan yg sama jua.
Tidak kira apa pun aktiviti di sekolah pasti pergi bersama.
Ibnu Sina = Ibnu Sina juga.
Pernah semangat mu luntur utk  menamatkan belajar bhs arab,
Namun atas kekuatanmu diharungi kepayahan itu,Ana Uhibbu al-lughatul A'rabiah lianna lughatul jannah wa lughatul Quran. Hafalan ujian lisan ketika hendak di soal '' Kenapa kamu suka bhs arab? "

Sodiqoti,
Sy bangga dengan kamu..Sehingga ke spm kamu menyahut seruan ustazah bersama sy.Atas jiwa kamu yg kental walau kamu lembut orangnya.
Sy kagum dgn kamu. Kamu tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat.
Panggilan kamu hanya 'sy dan awak'.
Sodiqoti,
Pernah air mata kamu menitis tatkala org yg kamu sygi tidak menghargai kamu,
Faizah.. Innallaha ma'ana, sohabati~!
Sy tahu air mata kamu pernah mengalir kerana insan bernama rijal.

Walau kamu pendam, dari mata kamu sy tahu,
kamu pernah kesat air mata sy ketika sy ditimpa ujian.
Maaf atas teguran sy yg mungkin tidak membina pada ketika dahulu.

Sy manusia yg tak terlepas dari kesalahan. Ana Al-faqir ilallah.. 
Sodiqoti, 
Kamu tidak pernah ponteng setiap kali kenduri di rmh sy.
Malah membantu sy sehingga ke akhirnya.
Sedar tidak sedar. Seperti kata-kata hikmah yang kita suka hafal di kelas,
**Al-waqtu kassaif in la taqthoghu qothoa'k......**

Kita sudah melepasi zaman persekolahan di mana di situlah muqaddimah ukhwah kita.


Ingatlah selagi diri belum di panggil ilahi,
'' Ukhwah Fillah Abadan Abada'' , Uhibbuki Fillah.Di mata tidak lagi dapat menatap,di tangan boleh mengharap dengan berdoa supaya tautan ukhwah yg telah terbina diredhai Allah SWT.
Sodiqoti, 
Saya mengalu-alukan kamu . Jika ada kelapangan, pintu di rumah sy terbuka untuk kamu.Jika umur panjang kita jumpa deh.Mak sy selalu sy bertanya pasal kamu.Andai sy keluar je,mesti mak sy tanya keluar dgn faizah ke?

Wa akhiraan,
Aasif jiddan a'la kulli haal..Panjang entry ni..Syukran kasira menjadi sodikoti.
Semoga berjaya dunia dan akhirat. Menjadi muslimah solehah yang sentiasa dekat jiwanya pada Al-Khaliq.Berpegang teguh pada Al-quran Wa sunnah.Doakan sy juga..

Tak mampu diungkap dgn kata-kata.

Jazakillahu khairal jaza'.insya Allah..

aasif .. thumbdrive sudah hilang.
Faizah,ada hadiah istimewa akan di post utk kamu. Isbir ya~!=)
insyaAllah akan di post selepas keadaan kembali reda.

Especially to Faizah~

Thursday, January 7, 2010

7 Januari ?

Assalamualaikum wbth,
selawat dan salam ke ats junjungan nabi SAW.
Thank you Allah, thank you Allah~


7 Januari...?
Memaknai tarikh lahir dalam bulan Islam itu adalah lebih baik.
3 Rejab 1412H.
Alhamdulillah, Alhamdulillah , Alhamdulillah~
" dh besar rupanya anak ummi,sekejap je dh 18 thn''

“Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Lauh Mahfûzh). Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah” (Qs. Fathir [35]:11)


Saat ini diri harus muhasabah..Sejauh manakah hidupnya 18 tahun itu di manfaatkan?
Untuk diri sendiri, keluarga & kawan-kawan?
Pelajaran shj? sejauh manakah dia melaksanakan tanggunggjwb sbg hamba dan khalifatullah di muka bumi ini?
makin bertambah umurku,
makin dekat waktu dgn Kematian?
adakah aku sudah bersedia menghadapinya?
cukupkah amalanku?
timbangan manakah yang berat untukku?
adakah timbangan dosa atau pahala?



“Katakanlah: Kematian yang kamu jauhi akan segera menjemputmu, dan kamu akan dikembalikan pada Yang Mahu Tahu, baik yang rahsia maupun bukan, dan Dia memberitahumu (segala kebenaran mengenai) hal-hal yang kamu kerjakan!” (SurahAl-Jumu’a (62): 8)
Bismillahirrahmanirrahim..
Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.


Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.


Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik. Dalam usia ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.


Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini... pimpinlah hati hambaMu ini... pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustaqimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.


Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu.


Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.


Amin Ya Rabbal Alamin.
Syukran antum...

Syukran Kasira Usrati Trutamanya utk ibu dan ayah,Abi & Ummi,My Parents.
Apa jua panggilan membawa maksud yg sama.
Jasa kalian tidak akan sy lupa.Melahirkan,Mengajar,Mendidik dan segalanya yg tidak bisa di bls dan di hitung.
hanya Allah SWT yg Maha Mengetahui~

Semua Sahabat dan Tidak Kira Siapa Anda~
Ma,Kakak, Faizah, Nada , Aqila, Haziqah,No yg Tidak Sy kenali.
Jazakumullahu Khairal Jaza'.


Ayuh, Membaca~!
Barakallahu Fikum..
Wslm 

Wednesday, January 6, 2010

Cakna Islam :Isu Kalimah Allah

PERHATIAN: Sila Baca Jika Anda Seorang Muslim~!


Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Mengenai Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah
Bil. Muzakarah : Kali Ke-82

1) Ulasan/Hujah



  1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverend Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
  2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.
  3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
  4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
  5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
  6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
  7. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.
  8. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.
  9. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri supaya kesucian agama dan akidah umat Islam dapat dipertahankan.
  10. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan kepada akidah dan kesucian agama Islam.
  11. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.
  12. Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam. Pada masa ini terdapat 10 buah negeri telah memperuntukan larangan penggunaan kalimah Allah dalam Jadual kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang masih dalam proses menggubal Enakmen ini.
2) Keputusan

  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.
  2. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 


اللـّـَهُـمّ َإ ِنــّـَا نـَـعُـوْذ ُبـِـكَ أ َنْ نـّـُـشـْــر ِكَ شَــيـْـئـًـا نـّـَعـْـلـَـمُـهُ
 وَنـَـسـْـتـَـغـْـفِرُكَ لِـمَا لـَـمْ نـَـعـْـلـَـمْ
Allaahumma inna na’uuzubika an nusyrika syai’an na’lamuhuu wanastaghfiruka limaa lam na’lam.
(Ya Allah kami berlindung kepadaMu daripada syirik yang kami ketahui dan kami mohon ampun kepadaMu daripada syirik yang tidak kami ketahui).”
(Hr. Ahmad IV/403)